Elak STRESS! Persiapan Uruskan Anak Bila Terperangkap Dalam “Traffic Jam” Waktu Balik Kampung Nanti

TrafficJamFrustrationDijangkakan bermula Jumaat ini highway menuju ke utara, selatan dan pantai timur bakal sesak seperti tahun sebelumnya. Kalau nasib tak baik, berlaku pula kemalangan (Nauzubillahiminzalik) yang buatkan perjalanan Kuala Lumpur – Kota Bharu (contohnya) yang biasanya hanya mengambil masa 7 jam jadi 11-12jam.

Bayangkan, tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, kereta tak bergerak langsung sepanjang 10km dengan 3 orang anak (macam mama). Lebih teruk, terpaksa tutup air cond pula sebab petrol hampir kering.

Saya kongsikan sedikit tips persiapan pulang ke kampung di musim perayaan.

BEKALAN SUSU, AIR PANAS DAN PAMPERS YANG MENCUKUPI

Pastikan bekalan yang disediakan lebih daripada cukup. Kalau selalu perjalanan perlukan 4 keping pampers, sila sediakan 8 keping. Jangka apa yang tak terjangka. Dan doakan apa yang tak terjangka itu tidak terjadi.

BEKALAN AIR PAIP

Sediakan 2 atau 3 botol bekalan air paip. Manalah tahu masa jalan sesak tak bergerak, anak yang lebih besar nak melepaskan hajat, jadi dah tak ada masalah. Boleh guna bekalan air untuk tujuan itu. Atau boleh juga cuci muka suami yang dah mengantuk dan kepenatan memandu lama!

SEDIAKAN AKTIVITI UNTUK ANAK-ANAK

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Permainan mudah, nyanyian lagu kanak-kanak adalah contoh mudah. Bercerita pengalaman anda berhari raya ketika kecil boleh bantu bangkitkan “mood” raya anak-anak. Selitkan nilai-nilai murni dan pesanan tentang adab yang perlu dijaga di ketika berhari raya.

Bila masa anak-anak diisi dengan baik, mereka tentu tak perasan masa perjalanan yang panjang.

MAKAN TENGAH HARI UNTUK ANAK

Untuk perjalanan yang ambil masa 5 jam ke atas, eloklah sediakan bekalan makanan tengah hari untuk anak-anak. Mungkin laluan anda, tak ada kedai makan halal untuk anak-anak yang tidak berpuasa.

Makanan untuk anak-anak ya! Ayah jangan ikut makan tengah hari sekali ?

KUDAPAN

Selain dari aktiviti bersama di dalam kereta, kudapan ringan juga bantu anak anda menjadi leka. Biskut kegemaran anak dan buah-buahan yang telah dipotong boleh disediakan untuk mereka.

MAKANAN BERBUKA

Mengikut rancangan perjalanan mungkin anda sempat sampai di kampung halaman untuk berbuka, atau setidaknya berhenti di mana-mana tempat rehat dan rawat untuk berbuka puasa. Tapi lebih baik buat persediaan awal. Mana lah tahu kot-kot berlaku sesuatu yang tak diduga, azan maghrib di atas jalan.

Siapkan sedikit makanan untuk berbuka. Air minum, kurma dan roti pun cukup untuk alas perut sementara dapat makan.

Ibu ada cadangan lain? Jom kongsikan dengan mama ?

Emelkan ke hai@ohsemmama.com

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 202 times, 1 visits today)