OHSEM MAMA

DARI IBU UNTUK IBU

  • Utama
  • Produk

Untuk Ayah : Lakukan 5 Perkara Ini Supaya Bayi Lebih Rapat Dengan Anda

May 22, 2016 by Amirul Aslam

1 - Buku Pembelajaran Interaktif Kanak-Kanak - Dapatkan Sekarang
2 - Penyedut Hingus Canggih Oleh MommyHana - Dapatkan Sekarang

dad-1349428_1920

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]

Saya tahu, jauh di sudut hati seorang suami, ia kadangkala cemburu melihat hubungan rapat seorang ibu dengan anaknya. Tetapi itu lah seorang ayah, dia takkan pernah bermuka masam, atau sesekali meradang walaupun si anak lebih mahukan ibu daripada dirinya. Ada ketika ia rindu sekali dengan anaknya, tapi oleh sebab si anak tidak terlalu rapat dengan dirinya, maka dia cuma tersenyum memandang daripada jauh. Mungkin faktor masa yang diluangkan bersama yang sedikit kurang daripada masa yang diluangkan seorang ibu dengan anaknya membuatkan seorang ayah kadangkala merasa terpinggir.

Jangan risau, dan janganlah bersedih wahai ayah-ayah sekalian. Sudah tentu pada usia seawal itu, anak-anak masih tidak memahami apa yang dirasakan oleh seorang ayah. Tetapi, kalau anda (ayah) mahu mengubah situasi ini, pasti ada jalan keluarnya! Bagaimana? Dengan mengukuhkan hubungan antara anak dengan dirinya.

Tapi bagaimana?

1. Mandikan bayi
Tak semestinya setiap hari ayah perlu mandikan bayi, tetapi sekali-sekala luangkan masa memandikan bayi. Dengan bermain sambil memeluk dan mengusap badannya ketika menyapu sabun pada badan bayi, anda dapat membuatkan hubungan jadi rapat.
2. Dukung
Kerap mendukung bayi juga boleh menjadi kaedah merapatkan hubungan ayah dan bayi. Biarkan bayi mendengar degup jantung ayah serta mencium bau badan anda. Nikmati saat manis ini sambil membelai dan mencium lembut rambut bayi anda. Secara tidak langsung bayi tahu ayah juga menyayanginya seperti ibu.
3. Menepuk bahu
Ketika waktu anak makan, duduklah di sampingnya sambil bergurau senda. Sesekali tepuk bahunya agar dia mudah bersendawa dan berasa lega. Hubungan mata antara bayi dengan ayah membantu mengeratkan hubungan rapat anda berdua.
4. Memberi susu
Walaupun bayi anda menyusu susu ibu sepenuhnya tetapi tidak salah sesekali ayah memberikan bayi susu menggunakan botol. Inilah waktunya untuk ayah menghabiskan masa bersama sambil berbual dengan bayi.
5. Menidurkan bayi
Biarpun ayah keletihan seharian bekerja di pejabat, cari masa untuk menidurkan bayi. Jadikan ia satu kebiasaan yang akan dilakukan setiap malam. Dengan cara ini bayi tahu, ada orang lain yang turut menyayanginya selain daripada ibu.
Walaupun tips-tips yang kami kongsikan ini nampak mudah, tetapi yakinlah ianya sangat berkesan dalam mengintimkan hubungan antara seorang anak dengan ayahnya. Tak percaya? Tak mengapa, cuba dahulu.
Kongsikanlah artikel ini dengan rakan-rakan anda atau pasangan anda. Siapa tahu, mereka sudah lama mencari ilmu-ilmu yang seperti ini. Kan?
Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : 5 Cara Supaya Ayah Lebih Rapat Dengan Bayi

(Visited 1,008 times, 1 visits today)

Share this:

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp
  • Telegram

Filed Under: Menarik, Si Comel

Artikel Popular

  • Tragedi Pedofilia #1: “Pakcik saya suruh hisap…
  • Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Anak Perempuan. Tahniah!
  • 7 Simptom Anak Anda Diserang Penyakit Penunomia.…
  • Sembuh Demam Panas Tanpa Ubat – Petua #2 Ramai…
  • Ini 10 Tanda-Tanda ‘Pelik’ Bakal Ibu…
  • Selepas Membaca Ini, Pasti Anda Terasa Ingin Memakai…
  • 15 ‘Rasa’ Ketika Hamil Yang Boleh…
  • Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Anak Lelaki.…
  • 6 Tips Menghadapi Cirit-Birit Ketika Hamil
  • 9 Tanda Awal Kehamilan Yang Sering Bakal Ibu…

Copyright © 2019 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in