Tragedi Pedofilia #4 : Seorang Ayah, Pakcik & Syaitan Yang Bertopengkan Manusia

 

Untuk hari ini, dalam usaha kami untuk mendidik masyarakat kita tentang isu pedofilia, kami akan kongsikan informasi mengenai pedofilia dan si pelakunya, tragedi-tragedi hitam yang pernah terjadi sepertimana yang dikongsikan oleh Sdr Syed Azmi di laman Facebooknya.

Jika anda masih belum mengetahui apa itu pedofilia, boleh rujuk artikel ini : Apa Itu Pedofilia? 6 Soal-Jawab Tentang Pedofilia Yang Mesti Anda Tahu.

 

[Perkongsian ini telah diterjemah kepada Bahasa Malaysia]
 

Saya sudah berumur 38 tahun sekarang, seorang wanita yang telah berumahtangga dan mempunyai tiga anak yang comel yang kehidupannya pernah terluka. Saya juga adalah mangsa penderaan seksual. Tragedi itu terjadi ketika saya baru berumur 5 atau 6 tahun.

Sebagai orang Malaysia, menghantar anak pulang ke kampung ketika cuti sekolah adalah perkara yang biasa; untuk membiarkan anak-anak merasai pengalaman tinggal di kampung, bermesra bersama datuk dan nenek dan sebagainya. Sepupu saya tinggal berhampiran dengan rumah datuk dan nenek saya. Jadi, setiap hujung minggu atau pada waktu cuti sekolah, ibubapa saya akan menghantar saya ke rumah sepupu untuk bermain bersamanya.

Kadangkala ibubapa saya membenarkan pakcik saya menghantar saya pulang ke rumah. Dan itulah permulaan tragedi ini terjadi. Dia akan berhenti di kebun kelapa sawit dan memperkosa saya. Pada ketika itu, saya tidak tahu apa yang dia sedang lakukan kepada saya. Saya baru berusia lima tahun! Dan bermula daripada kejadian pertama itu, dia akan memperkosa saya bila-bila masa sahaja apabila mendapat kesempatan. Pernah sekali, ia terjadi di sungai dimana dia membawa saya dan anaknya untuk mandi-manda.

Lebih menyebalkan, dia juga sebenarnya memperkosa anaknya sendiri yang berumur setahun lebih muda daripada saya. Saya ingat, pada suatu malam, apabila saya bersama dengan sepupu saya, dia berbisik kepada saya,

Jangan bimbang, malam ini dia tidak akan melakukan ‘perkara itu’. Dia puasa

Saya tidak memahami apa yang diperkatakan oleh sepupu saya, tetapi yang saya tahu dia silap.

Setelah waktu berlalu, saya tidak lagi meluangkan masa hujung minggu di rumah sepupu saya. Dan perlahan-perlahan saya mula ingat dan faham apa yang terjadi. Saya sangat marah mengetahui yang saya tidak tahu apa yang perlu saya buat, dan bagaimana sepatutnya reaksi saya ketika itu. Tidak ada seorang pun yang boleh menjadi tempat saya mengadu. Tidak juga sepupu saya, kerana apabila menginjak dewasa kami sudah jarang berjumpa.

Walapun pada suatu ketika, dia pernah mengaku tertekan dengan kejadian ini sebelum berlangsungnya peperiksaan SPM. Hampir-hampir sahaja dia memberitahu perkara ini kepada emaknya kerana tidak tahan lagi. Tapi dia sangat menyayangi emaknya, dan oleh itu dia terus menyimpan kisah ini sebagai rahsia. Sebelum hari perkahwinannya, ayahnya (pakcik saya) meminta maaf dan dia menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang telah terjadi.

Semua perkara ini (kesannya), trauma? Tidak. Saya tidak menghadapi trauma, tetapi saya membesar menjadi seorang manusia yang penih kebencian. Semua perkara ini membunuh saya dari dalam

Pernah sekali saya cuba bercerita perkara ini kepada teman baik saya. Respon dia,

Siapa yang akan kahwin dengan kau macam ni!

Akhirnya saya berhenti bercerita tentang kisah hitam zaman kanak-kanak saya.

Saya adalah salah seorang mangsanya. Cuma ianya terjadi ketika saya benar-benar muda menjadikan kesannya tidak terlamapu keterlaluan, dan saya bersyukur untuk itu.

Saya tidak akan pernah menghantar anak saya untuk tidur di rumah temannya, sepupunya atau datuk neneknya. Saya kerap bertanya kepada anak-anak saya setiap kali mereka mendapat guru lelaki atau apabila terlihat ada ahli keluarga yang menyentuh mereka dengan soalan,

Adakah mereka menyentuh awak dimana-mana bahagian yang tidak sepatutnya?

Saya sentiasa mengambil maklum jika suatu hari mereka mengatakan bahawa mereka menghadapi gangguan dan memastikan mereka cukup berani untuk memberitahu perkara itu kepada saya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

 

Nota Pengarang : Letakkanlah batas untuk setiap perkara, dan sentiasa berhati-hati dengan semua orang.

Kisah-kisah lain :

Tragedi Pedofilia #1: “Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok.”

Tragedi Pedofilia #2 : Dicabul Dua Pakcik & Kesannya Trauma Sehingga Sekarang!

Tragedi Pedofilia #3 : Kami Pertahankan Adik Daripada Diperkosa, Adakah Kami Derhaka?

Tragedi Pedofilia #4 : Seorang Ayah, Pakcik & Syaitan Yang Bertopengkan Manusia

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 5,267 times, 1 visits today)