Tragedi Pedofilia #3 : Kami Pertahankan Adik Daripada Diperkosa, Adakah Kami Derhaka?

rain-83815_1280

Untuk hari ini, dalam usaha kami untuk mendidik masyarakat kita tentang isu pedofilia, kami akan kongsikan informasi mengenai pedofilia dan si pelakunya, tragedi-tragedi hitam yang pernah terjadi sepertimana yang dikongsikan oleh Sdr Syed Azmi di laman Facebooknya.

Jika anda masih belum mengetahui apa itu pedofilia, boleh rujuk artikel ini : Apa Itu Pedofilia? 6 Soal-Jawab Tentang Pedofilia Yang Mesti Anda Tahu.

 

Syed Azmi, saya ada satu cerita. Beberapa tahun lepas, saya dan beberapa orang kawan dijemput ke Penjara Kajang untuk membuat program motivasi bersama dengan anak-anak juvana. Ini kisah benar yang diceritakan anak juvana kepada saya.

Kami masuk sahaja dalam majlis tersebut (surau penjara Kajang), tempat para tahanan juvana dikumpulkan. Kami berjalan dan duduk dihadapan mereka yang ramai. Ini kali pertama kami masuk ke tempat seumpama ini.

 

Siapa yang pernah masuk akan tahu bagaimana situasi disana. Penjara kan! Pintu besi dan kunci yang besar menggerunkan. Melalui checkpoint-checkpoint pemeriksaan. Budak-budak semua botak, memakai baju penjara dan seluar pendek. Semua duduk tunduk seolah-olah duduk bertinggung.

Di hadapan saya ada dua orang kembar yang mukanya bersih, suci dan menenangkan. Salah seorang membuka mulut dan bertanya saya,

Adakah kami ini anak derhaka?

Saya tergamam, tidak dapat memberi jawapan. Kami teruskan program. Ajar mereka bersangka baik dengan Tuhan dan teruskan semangat untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Berselawat dan beberapa aktiviti berkumpulan dengan mereka sehingga selesai. Selepas habis program, kembar tersebut datang lagi dan bertanya,

Adakah kami ini anak derhaka?

 

Saya bertanya : Kenapa dik? Apa yang berlaku?

Mereka membalas,

Kami adalah pelajar madrasah tahfiz (patutlah muka nampak bersih dan suci). Ayah kami peminum arak. Apabila dia mabuk waktu malam, ayah akan datang merogol kakak kami. Cuma pada satu malam kejadian, ayah mabuk lagi, ayah nak rogol adik perempuan kami. Kami tidak sanggup lagi jadi kami cuba pertahankan adik kami.

Ketika pergelutan itu, kami tak tahan sangat, geram. Kami ambil pisau dan tikan perut ayah. Ayah pengsan dan dimasukkan ke hospital. Dan kami dimasukkan ke penjara. Kami tak tahu lepas ayah keluar hospital apa yang akan berlaku kepada adik-beradik perempuan kami.

Adakah kami ini anak derhaka? (Sekali lg mereka brtanya)

Saya masih diam tanpa jawapan, saya hanya mampu tunduk. Saya bertanya,

Pernah adik-adik bertanya kepada mana-mana ustaz soalan ini?

Pernah, kata mereka.

Apa mereka jawab?

Kami anak derhaka.

Sentap saya dengar jawapan ustaz/ah tersebut kepada anak -anak yang tidak bersalah ini. Sampai hati kamu menilai seorang anak sebegitu rupa! (Dalam hati, saya tidak berpuas hati dengan jawapan ustaz/ah itu. Ia menyakitkan hati saya sampai sekarang.)

Kami hanya mampu nasihatkan mereka bersabar. Itu sahaja yang mampu kami ajarkan. Saya tidak tahu samada mereka sudah keluar penjara atau belum. Kalau sudah keluar penjara, (moga-moga) hilanglah peristiwa hitam dalam hatimu duhai adik. Tiadalah sengaja Tuhan takdirkan begitu kepada kalian, melainkan pasti ada hikmah yang baik buat kalian.

Nota Pengarang : Semoga perjuangan adik-adik ini menyedarkan kita, betapa ignorantnya masyarakat kita.

Kisah-kisah lain :

Tragedi Pedofilia #1: “Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok.”

Tragedi Pedofilia #2 : Dicabul Dua Pakcik & Kesannya Trauma Sehingga Sekarang!

Tragedi Pedofilia #3 : Kami Pertahankan Adik Daripada Diperkosa, Adakah Kami Derhaka?

Tragedi Pedofilia #4 : Seorang Ayah, Pakcik & Syaitan Yang Bertopengkan Manusia

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 4,872 times, 1 visits today)