Tragedi Pedofilia #2 : Dicabul Dua Pakcik & Kesannya Trauma Sehingga Sekarang!

boy-984313_1920

Untuk hari ini, dalam usaha kami untuk mendidik masyarakat kita tentang isu pedofilia, kami akan kongsikan informasi mengenai pedofilia dan si pelakunya, tragedi-tragedi hitam yang pernah terjadi sepertimana yang dikongsikan oleh Sdr Syed Azmi di laman Facebooknya.

Jika anda masih belum mengetahui apa itu pedofilia, boleh rujuk artikel ini : Apa Itu Pedofilia? 6 Soal-Jawab Tentang Pedofilia Yang Mesti Anda Tahu.

 

En. Azmi, saya juga seperti yang lain – harap sorokkan identiti saya. Saya pun ada pengalaman pahit masa zaman kanak-kanak berkaitan dengan isu yang encik bangkitkan.

Masa saya berumur 6 tahun, keluarga saya kerap balik kampung. Pada masa itu, saya rapat dengan seorang pakcik yang selalu bawak saya pusing-pusing kampung naik motor. Suatu hari, petang harinya saya kejutkan dia untuk ajak naik motor tapi dia suruh saya baring sebelah sambil meniarap. Pada masa tu lah tangannya terus masuk ke dalam seluar saya dan cuba untuk buat perkara yang tidak elok. Saya terkejut dan terus bangun berlari keluar.

Seterusnya, masa saya umur 8 tahun. Dia ada datang ke rumah saya selepas balik kerja. Dia ajak saya jalan2 naik motor tapi saya tak nak. Dia geram saya menolak tak nak ikut, kemudian dia angkat saya ke kerusi belakang dan mencium mulut. Saya meronta nak lepas dan dia lepaskan kerana saya menjerit. Saya masih tak beritahu sesiapa sebab takut dan fikir dia pakcik.

Oleh sebab saya berdiam diri, bila sudah sekolah menengah dia masih kerap datang rumah. Dan buat perkara sama, pagi2 sekiranya saya belum bangun tidur dia akan baring belakang saya dan rapatkan badannya sambil cuba peluk dan meraba. Dengan alasan, dia merindui isterinya yang duduk jauh. Saya tepis dan masih berdiam diri tak cerita pada sesiapa.

Sampai satu ketika, seorang pakcik lain pulak cuba ambil kesempatan kepada saya. Di suatu malam dia datang ke arah saya yang sedang tidur. Cuba membuka seluar saya dan buat perkara yang tidak senonoh. Saya takut, bangun dan bagi alasan untuk ke tandas. Lama saya di tandas dgn harapan dia dah pergi. Tapi malangnya dia masih disitu, dia terus peluk saya sambil mendekatkan badannya dengan rapat. Saya tolak dengan kuat, berlari masuk bilik dan setelah kejadian tu baru maklumkan pada salah seorang ahli keluarga saya. Tapi tiada tindakan yang diambil hanya sekadar bertanya betul ke dan berjumpa dgn pakcik2 berkenaan untuk nasihat.

Setelah kejadian tu, saya jadi lebih pendiam dan tak nak bergaul dengan pakcik-pakcik yang lain. Saya jadi tertekan dengan perkara yang saya hadapi seorang diri. Walaupun dicop degil dan buat perangai ikut kepala sendiri kerana tak bergaul. Saya elak untuk balik kampung dan berjumpa mereka. Itu semua sebab saya jadi benci dan marah pada ahli keluarga sendiri. Dalam erti kata lain saya trauma sehingga sekarang. Kesannya sehingga kini, 2+ saya takut untuk terima orang lain untuk dijadikan pasangan hidup dan berfikir mereka semua sama.

Sangat pahit untuk dikenang. Saya lebih kepada pendam kerana malu dan tahu orang lain takkan percaya. Walaupun sekarang dah terlambat, saya berharap tolong sangat kepada ahli keluarga lain tolong jaga anak-anak anda termasuk dengan ahli keluarga sendiri. Bukan tak percaya tapi berjaga-jaga sebelum terlambat. Saya dah mengalaminya.

Nota Pengarang : Peganglah nasihat mereka ini. Serius jangan percaya kepada sesiapa.

Kisah-kisah lain :

Tragedi Pedofilia #1: “Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok.”

Tragedi Pedofilia #2 : Dicabul Dua Pakcik & Kesannya Trauma Sehingga Sekarang!

Tragedi Pedofilia #3 : Kami Pertahankan Adik Daripada Diperkosa, Adakah Kami Derhaka?

Tragedi Pedofilia #4 : Seorang Ayah, Pakcik & Syaitan Yang Bertopengkan Manusia

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 6,620 times, 1 visits today)