Tips & Trik Menjaga Bayi Yang Berusia 5 Minggu

toddler-835096_1920

Eh, macam tidak percaya kan? Cuma tinggal beberapa hari lagi untuk tempoh pantang anda berakhir. Anda mungkin sedang punya lebih tenaga daripada mulanya, mungkin sudah mula membuat sedikit aktiviti-aktivit rumah yang dahulunya anda direhatkan buat sementara waktu. Kalau ya, hati-hatilah dalam melakukan aktiviti-aktiviti itu terutamanya jika anda melahirkan bayi dengan cara pembedahan.

Bayi anda bagaimana?

Sihat?

Alhamdulillah.

Mungkin anda sedang tersenyum sambil memandang bayi anda. Suami pun sekarang tidak pernah pulang lewat daripada kerja dan seusai kerja terus ke rumah tanpa singgah ke mana-mana kedai demi melihat si kecil yang tercinta.

Pasti lengkap rasanya kehidupan dengan kehadiran seorang manusia bertubuh kecil, berlesung pipit dan sangat comel itu! Cuma dalam keterujaan itu, kita sentiasa tertanya-tanya, apakah cara-cara dan maklumat yang perlu saya tahu ketika anak berusia 5 minggu ini. Tenang, kami akan kongsikan.

Bagaimana bayi anda sedang membesar

Kini bayi anda boleh memfokuskan kedua-dua matanya ke atas sesuatu objek dan mulai menyukai corak-corak yang kompleks, warna-warni dan bentuk-bentuk. Dia boleh mengesan pergerakan, jadi dia akan terpaku apabila sesuatu benda melintas di hadapannya.

Daya ingatan bayi anda sedang terbentuk sepanjang masa. Walaupun dia terlupakan mainan, dia dapat mengenali suara anda sejak dia di dalam uterus (rahim) anda lagi. Dan jika anda menyusu badan, dia akan mengambil masa seminggu sahaja untuk mengingati bau anda.

Mari bermain

Apabila bayi anda mulai peka dengan orang dan tempat di sekelilingnya, permainan anda dengannya akan menjadi lebih kompleks. Rangsangkan deria bayi anda dengan dua permainan yang seronok ini.

Kehidupan anda: keluar berjalan-jalan

Sekarang tempoh berpantang anda hampir selesai, kini tiba masanya untuk merancang berjalan-jalan di luar! Mengapa tidak fikirkan tentang kelas senaman posnatum pada minggu hadapan dan seterusnya? Atau pun menyertai kumpulan hamil dan bayi? Anda boleh membandingkan nota-nota dengan ibu bapa yang lain dan mendapatkan beberapa panduan yang berguna.

Jika anda terdesak untuk sesuatu perubahan, tidak terlalu awal untuk memikirkan cuti yang pendek. Ataupun anda mungkin telah bersedia untuk memperkenalkan bayi anda kepada saudara-mara, atau kawan-kawan yang jauh. Baca tentang bercuti bersama bayi baru lahir dan memandu jarak jauh bersama bayi.
Sementara itu, sudahkah anda mencari tempat penjagaan kanak-kanak? Sama ada anda mencari tempat penjagaan kanak-kanak semasa anda mengandung, atau anda baru saja mencarinya, pastikan anda temui penjaga yang boleh anda percayai.

Apabila anda berpuas hati bahawa anda menemui penjaga yang betul, bekerjasamalah dengan mereka bagi memastikan yang bayi anda betul-betul bersedia untuk ditinggalkan bersama penjaga. Biasanya, ini bermakna anda akan membuat beberapa kunjungan sebelum hari yang sebenar.

Tip-tip untuk anda minggu ini

Jika anda mempunyai anak yang lain, kemanisan memiliki seorang adik baru akan hilang tidak lama lagi. Mungkin anak yang lebih besar akan menyuruh anda memulangkan bayi anda, atau pun mahukan perhatian apabila anda menyusukan si adik. Kadang-kadang mereka seolah-olah memberontak dan membuatkan anda risau untuk meninggalkan mereka berdua di dalam bilik yang sama.

Tengok jika suami anda, ibu atau pun kawan akan menjaga bayi baru lahir anda buat sementara waktu, jadi anda boleh membawa “bayi besar” bersama-sama anda, dan yakinkannya bahawa anda menyayanginya sepenuh hati. Dan cubalah untuk bersabar jika anak kecil anda seolah-olah bersikap seperti bayi. Tidak lama lagi dia akan berputus asa apabila mendapati menjadi bayi menghalangnya daripada menikmati kesemua perkara yang dia telah belajar.

Semoga tips ini bermanfaat untuk anda dan pasangan. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain! :]

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Usia 5 Minggu.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 803 times, 1 visits today)