TIPS & TRICK: KENAL SIFAT ANAK TERLALU MANJA

No 5 yang parent selalu alami, tapi tidak sedar.

Anak merupakan anugerah terindah yang sangat didambakan oleh setiap pasangan suami dan isteri, yang belum ada rezeki menimang cahaya mata, jangan berhenti berdoa dan perbaiki diri, mungkin asbab dilambatkan rezeki anak adalah kerana Allah ingin memberi ruangan kepada kita untuk berubah dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah.

bagaimana-cara-memperlakukan-anak-tunggal-agar-tidak-manja

Ok, back to our topic ya, macam mana nak kenal anak yang terlalu manja ni? Haa… ini yang kebanyakan daripada ibu dan ayah yang baru menimang seorang cahaya mata, anak ditatang bagai minyak yang penuh, lebih lagi kalau parent tu anak sulong, sudah pasti atuk dan nenek sayang betul pada anak tu kan, cucu pertama la katakana..haha.

 

Anak-anak kita ni, asal kelahiran mereka adalah mempunyai sifat manja yang semulajadi sederhana, KITA SEBERNARNYA YANG TERLALU MEMANJAKAN MEREKA.

 

Ya, kita sebagai ibu, ayah, atuk, nenek yang terlalu memanjakan mereka. Namun kadangkala kita tidak sedar, biasakan kalau kita dengar perkataan macam ni “Alaaa..budak-budak, biasa la tu, biarkan dia main puas-puas”. Tahukah kita perbuatan kita ni boleh menggangu perkembangan anak-anak.

 

Happy-baby-with-parents

Untuk lebih mengenali sifat anak terlalu manja sebelum perkara ini menjadi lebih serius dan sukar ditangani kita tengok 5 perkara dibawah, jangan terkejut ada yang selalu kita alami, tapi kita tidak sedar.

 

 

  1. Anak selalu menangis dan berteriak kalau nak kepada sesuatu – ini biasa kita tengok dipasaraya kan?
  2. Anak kuat merajuk, palingkan muka atau meniarap di lantai- anak perempuan selalu buat ni kan?, anak lelaki tidak kurang hebatnya juga ya.
  3. Marahkan ibu ayah atau orang lain dan memukul dengan mainan mereka, tidak kurang juga yang membaling objek atau mainan- ini yang selalu kita tengok, dan biasanya episode ini anak akan memangis kerana dimarahi si ibu atau si ayah.
  4. Tidak menjawab pertanyaan atau teguran anda- biasanya anak akan abaikan pertanyaan dan teruskan bermain.
  5. Anak-anak bersikap kasar dengan orang tua atau adik beradik yang lain- kadang-kadang ini boleh terjadi pergaduhan antara adik beradik , ini tentu ibu ayah dah biasa kan? Drama yang biasa kita tengok ialah drama berebut mainan dan disusuli drama air mata.haha kan?

jangan-biarkan-anak-menjadi-manja

Jadi bagaimana kita sebagai ibu atau bapa nak menangani situasi seperti ini?

Bagaimana untuk memujuk anak supaya tidak terlalu bersikap manja?

 

Haa..ini antara kaedah yang kita boleh praktikkan:

 

MEMUJI

  • Memuji atau memberi ganjaran setimpal jika anak berkelakuan baik atau membuat sesuatu kebaikan, seperti berkongsi mainan atau menolong masukkan baju kotor ke dalam bakul, cukup sekadar pelukan erat 10 saat dan kata-kata pujian seperti “Pandai anak soleh/solehah mama ni”, mudah kan.

PERHATIAN

  • Walaupon tengah sibuk dengan kerja atau sedang memasak, beri perhatian sekejap jika anak mula berkelakuan seperti ingin cari perhatian, respon terhadap perbuatan atau percakapan mereka, ini penting kerana anak akan rasa dihargai dan disayangi, kerana anak hanya “acah-acah” sahaja, bukanya memerlukan perhatian kita sentiasa.

TEGAS

  • Jangan kalah dengan permintaan anak jika mereka menangis dan meronta ingin kepada sesuatu barang atau permainan, sebaliknya bertegas dan memberitahu kenapa dia tidak boleh beli atau dapatkan barang mainan tersebut. Biasanya anak yang berkelakuan begini jika selalu dilayan akan terus menggunakan “senjata” tersebut.

BERDOA

  • Sebagai ibu bapa kita kenalah sentiasa berdoa dan bersabar dengan sikap anak, kerana anak adalah anugerah Allah, yang perlu dijaga dengan sepenuh hati, jika anak berkelakuan degil kita kena “reflect” semula diri kita, jika ada dosa dan salah yang kita tidak sedar dan terus melakukannya.

 

So harap semua dapat mengambil sedikit ilmu dari perkongsian ini ya, kita sama-sama belajar. Jika perkongsian ini bermakna kepada anda , jangan lupa untuk share atau berkongsi dengan rakan-rakan ibu ayah yang lain. Selamat mendidik permata hati.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 708 times, 1 visits today)