Tips Sesekali Nak Jadi Suami Sweet Di Bulan Ramadan

Tips Sesekali Nak Jadi Suami Sweet Di Bulan Ramadan

Jemput baca perkongsian oleh Andy Sulaiman berkenaan bagaimana suami boleh menjadi sweet pada bulan Ramadan ini.

1) Tak perlu kasi isteri masak untuk berbuka. Beli saja di bazar Ramadan atau angkut saja anak isteri berbuka di luar. Sesekali.

2) Imamkan terawih di rumah. Err part ni aku pun belum. Sebab tu pendek je aku taip.

3) Biasa setiap tahun, isteri yang uruskan baju raya? Tahun ini suami ambil berat. Bagi cadangan nak tengok isteri pakai baju raya macam mana, tudung apa, kasut apa. Isteri rasa dihargai. Sungguh.

4) Sahur. Sesekali suami bangun sediakan.

5) Sahur. Jika isteri “tidak dibenarkan” berpuasa, biarkan dia tidur. Suami bangun siapkan dan kejut anak-anak.

6) Semua berpuasa. Saling lah bantu membantu dalam hal penjagaan anak-anak dan juga rumah.

7) Kalau isteri suka masak, tugas mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga, mengemas dapur biar menjadi tugas suami.

8 ) Nak lebih sweet lagi, suami je masak untuk berbuka atau bersahur. Tak reti? Google ada. Youtube ada. Cari resepi. Tengok cara masak. Balun!

9) Belikan lah baju raya sehelai dua untuk ibu bapa isteri kita tu. Bukan selalu.

10) Waktu bulan puasa ni, isteri kurang tidur. Mengantuk, penat. Urut lah badan isteri. Urut sahaja, tak perlu lebih. Nak mandi pagi-pagi sejuk!

Bukan susah sangat nak jadi suami sweet.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 30 times, 1 visits today)