Tips Pemakanan Sihat Untuk Kanak-Kanak. Elakkan Obesiti!

paternity-633453_1920

Tahun demi tahun, Malaysia menjadi semakin terkenal sebagai negara dengan penduduk yang mencapai tahap obesiti paling ramai. Bangga? Sedikit sebanyak perkara ini menggusarkan banyak pihak, daripada kerajaan hinggalah keluarga itu sendiri. Meminjam pepatah orang Melayu, ‘Hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya’, gaya pemakanan sihat ini perlu diterapkan sewaktu kanak-kanak masih kecil lagi.

Berikut kami senaraikan 7 tips yang dikongsikan di laman SirapLimau untuk menambah ilmu kita. Jangan lupa sebarkan tau!

1. Seimbangkan makanan

Anak-anak perlu diajar untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan lemak yang terlalu banyak daripada makanan boleh menjadi penyebab obesiti. Ini berbahaya kepada anak-anak kita. Pengambilan karbohidrat seperti nasi dan mee amat disarankan untuk memastikan anak-anak secukupnya agar mereka mendapat bekalan tenaga yang mencukupi.

Walau bagaimana pun, anak-anak perlu diajar untuk makan secara sederhana bagi semua jenis kumpulan makanan seperti karbohidrat,protein dan lemak. Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran pula perlu diambil dalam kuantiti yang banyak. Pengambilan lemak yang terlalu banyak daripada makanan boleh menjadi penyebab obesiti. Ini berbahaya kepada anak-anak kita.

2. Hindarkan ‘jajan’ atau makanan ringan

Makanan ringan mengandungi perisa dan pewarna yang dapat memikat selera anak-anak untuk dimakan secara berlebihan. Pengambilan makanan ringan seperti snek, gula-gula dan seumpamanya boleh menyebabkan anak-anak enggan mengambil makanan yang berkhasiat. Kita sebagai ibu bapa perlu megawal pemakanan anak-anak kerana makanan sebegini boleh menjejaskan kesihatan dan pertumbuhan anak-anak.

3. Banyakkan minum air masak

Anak-anak perlu dididik minum air putih antara enam hingga lapan gelas sehari. Ia penting untuk fungsi fisiologi tubuh serta dapat mengawal suhu badan dan dapat mengeluarkan toksik yang berlebihan dalam badan. Kanak- kanak amat mudah mengalami dehidrasi berbanding golongan dewasa. Oleh kerana itu, selain membeinya makanan yang berkhasiat, ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka minum lebih air putih berbanding minuman-minuman lain.

4. Wajibkan sarapan pagi

Setiap pagi, pastikan anak anda mengambil sarapan. Sarapan penting diambil kerana ia merupakan sumber bekalan tenaga agar tumpuan anak-anak terhadap aktiviti seharian tidak terjejas.

5. Sekat minuman berkarbonat

Jangan biasakan dengan air bergula di kedai seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain. Jika sudah terbiasa, susah untuk mengubah tabiat mereka.

Minuman berkarbonat mengandungi kandungan gula yang tinggi dan ianya tidak sesuai untuk anak-anak. Gula yang tinggi boleh menyebabkan mereka menjadi hiperaktif dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu dengan sebaik mungkin.

Selain itu juga, minuman berkarbonat turut mengandungi bahan tambahan, pewarna dan perisa yang boleh menyukarkan proses perkumuhan buah pinggang. Pengambilan meminum minuman berkarbonat yang berterusan akan mengundang kegagalan buah pinggang berfungsi kepada anak-anak kita.

6. Tingkatkan aktiviti fizikal

Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menggalakkan anak-anak bermain di luar rumah seperti bermain di taman permainan. Secara tidak langsung, mereka dapat mengurangkan aktiviti fizikal yang memerlukan hanya berada di dalam rumah dengan permainan video atau menonton televisyen sambil makan.

7. Bijak dalam membeli makanan

Pengendalian yang bijak dalam membeli bahan makanan untuk seisi rumah dapat megawal gaya pemakanan anak-anak. Jika kita sebagai ibu bapa tidak membeli makanan yang tidak berkhasiat, maka anak anda tidak anak mengambil makanan berkenaan. Selain itu, setiap kali membeli-belah perlulah membaca label makanan yang dibeli. Pastikan ia rendah kalori, kurang gula dan lemak.

Selamat mendidik!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 405 times, 1 visits today)