Tips Mengurangkan Gatal Pada Bahagian Perut Ketika Hamil

pry-1332305_1280

Enam dari sepuluh ibu mengandung mengalami regangan kulit atau lebih dikenal dengan sebutan stretch mark. Pada ibu hamil yang memasuki trimester ke tiga sering mengalami gatal bahkan rasa sesemut pada bahagian perut, hingga anda melakukan perbuatan dalam keadaan separa sedar iaitu menggaru perut. Menggaru bagian tubuh yang gatal ketika hamil terutama pada bahagian perut dan payudara bukan merupakan solusi yang terbaik. Gatal pada bagian perut adalah gejala kehamilan umum dan menjengkelkan yang hampir tidak dapat dielakkan oleh sesiapa. Perkembangan janin akan menyebabkan perut membesar, kulit menjadi meregang dengan cepat, semakin mengurangi kelembapan dan membuat anda gatal dan juga tidak selesa.

Rasa gatal pada bahagian perut ditimbulkan kerana adanya perubahan hormon, juga berkait rapat dengan peningkatan estrogen di dalam tubuh seseorang. Selain itu rasa gatal pada bahagian perut adalah disebabkan oleh kulit kering atau perkembangan ekzim yang memburuk selama kehamilan. Meskipun demikian untuk mengurangi rasa gatal umumnya anda menahan rasa gatal atau hanya mengeluh bagian perut anda yang gatal. Adakah cara lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa gatal pada bahagian perut ketika hamil?

Berikut adalah tips untuk mengurangkan rasa gatal pada bahagian perut :

1.  Gunakan pakaian yang longgar

Ketika anda hamil menggunakan pakaian yang longgar sangat digalakkann selain untuk membuat anda selesa juga dapat membantu anda mengurangkan rasa gatal pada bahagian perut. Pilihlah pakaian yang selesa yang sesuai dengan kegiatan sehari-hari, gunakan pula pakaian berasaskan kapas kerana ia lebih mudah menyerap peluh.

2.  Minyak lidah buaya atau olive oil

Sapu lidah buaya atau olive oil untuk mencegah rasa gatal saat hamil terutama ke bahagian perut untuk menghilangkan stretch mark. Anda dapat mennyapu olive oil setelah mandi secara merata.

3.  Hindari menggunakan air hangat

Mandi dengan menggunakan air hangat akan mengurangkan kerja minyak lidah buaya dan olive oil. Selain itu akan mengakibatkan kulit kering dan memburukkan lagi rasa gatal.

4.  Hindari pelembab dengan parfum

Bagi anda yang memiliki masalah gatal pada bagian tubuh selama kehamilan sebaiknya menghindari penggunaan minyak wangi disebabkan dapat mengakibatkan ruam dan iritasi yang semakin parah. Penggunaan bahan yang alami sangat disarankan untuk anda yang ingin menambah kesegaran alami.

5.  Gunakan baking soda dan air

Sapukan baking soda dan air, hal ini sulit dilakukan pada seluruh perut Anda, tetapi jika Anda memiliki bercak-bercak iritasi maka dapat membantu anda untuk mengurangi rasa gatal. Setelah pasta mengering anda dapat membilasnya dengan air hingga bersih .

6.Amalkan Diet yang Sihat

Mengkonsumsi cairan yang dikonsumsi tubuh adalah salah satu cara yang terbaik selama kehamilan, selain mencukupi keperluan cairan juga dapat melembabkan kulit anda dan terhindar dari rasa gatal yang berlebih di bahagian luar perut.

7.  Jangan gunakan sabun mandi

Menggunakan sabun mandi untuk menghilangkan rasa gatal bukan solusi terbaik untuk anda, sabun mandi yang tidak disarankan adalah sabun mandi yang menggunakan aroma sehingga menambah rasa gatal dan mengembangkan iritasi pada kulit perut anda.

 

Mudah-mudahan perkongsian ini membawa manfaat kepada anda dan rakan-rakan anda. Jangan lupa kongsikan denan yang lain.

Artikel ini telah diterjemah dan disunting daripada artikel asal.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 907 times, 1 visits today)