Tips Mengetahui Jantina Anak Dalam Kandungan Tanpa Bertemu Doktor

child-817368_1280

Menjadi ibu bapa untuk kali pertama memang mendebarkan dan penuh dengan keterujaan. Bayangkan, setelah berbulan atau ada yang hingga bertahun-tahun menanti dikurniakan cahaya mata untuk melengkapkan sebuah rumahtangga, akhirnya Tuhan mengabulkan doa mereka.

Saat mengandung, bukan kita sahaja yang teruja, ibu ayah, adik-beradik, saudara-mara bahkan rakan-rakan rapat kita semuanya teruja untuk menyambut kelahiran insan baru dalam hidup mereka. Dan soalan yang paling kerap ditanya-tanya apabila perut semakin membesar adalah :

Anak lelaki ke, anak perempuan?

Walau secara hakikatnya kita tidak dapat memberikan jawapan yang tepat (hanya Allah yang Maha Mengetahui), tetapi dengan bantuan pengimbas 3D yang disediakan di Klinik dan Hospital pakar telah memudahkan kita. Tetapi, ketika zaman ekonomi sedang gawat ini, elok kiranya kita menabung duit yang hendak dibayar buat megimbas 3D itu dan menggunakan tips-tips yang kami senaraikan di bawah ini untuk menjangkakan, jantina anak anda yang masih dalam kandungan.

boy-1006404_1920

Tanda hamil anak lelaki

  1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan ‘tajam’
  2. Anda tidak mengalami ‘morning sickness’
  3. Wajah anda berseri-seri
  4. Rambut anda lebih lebat dan berkilat ketika hamil
  5. Kulit anda kering
  6. Hidung kelihatan lebih kembang
  7. Anda mengidam makanan berprotein dan masin seperti keju dan daging
  8. Payudara kanan lebih besar dari payudara kiri
  9. Sering diserang sakit kepala
  10. Bayi di dalam kandungan lebih suka baring di sebelah kanan
  11. Bulu kaki anda memanjang lebih cepat ketika hamil
  12. Garisan perut dari bawah ke atas nampak gelap dan tidak putus
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut berpusing-pusing bermakna anda hamil anak lelaki.
  14. Gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (air kencing paling pekat adalah pada waktu pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi lelaki.

baby-996915_1920

Tanda hamil anak perempuan

  1. Perut anda bulat
  2. Anda mengalami ‘morning sickness’
  3. Sering mual pada menu yang beraroma tajam
  4. Wajah anda tidak berseri. Kata orang tua, anak ambil seri.
  5. Kulit anda lembut
  6. Rambut anda nipis dan tidak bermaya
  7. Punggung kelihatan lebih besar
  8. Anda mengidam makanan yang manis seperti jus, buah-buahan dan gula
  9. Emosi kurang stabil dan suka marah-marah
  10. Bayi di dalam kandungan suka baring di sebelah kiri
  11. Garisan perut dari bawah ke atas nampak lebih cerah dan putus-putus
  12. Jika anda dokong bayi perempuan, bayi itu akan menangis
  13. Ikat cincin perkahwinan anda dan gantung di atas perut. Jika cincin tersebut bergerak ke kiri dan ke kanan bermakna anda hamil anak perempuan.
  14. Sama seperti cara di atas, gunakan soda bikarbonat (tepung penaik) bersama air kencing ibu pada waktu pagi. Sekiranya air kencing anda tidak berbuih bermakna bayi di dalam kandungan adalah bayi perempuan.

Akhir kata, artikel ini cuma sebagai panduan asas untuk menjangka kehadiran anak anda yang bakal menjadi penyeri rumahtangga anda. Pedulikan jantina mereka, bersedialah untuk mendidik dan membesarkan mereka supaya menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

Tips-tips ini telah dikongsikan oleh Nadirah Baharuddin. Terima kasih!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 4,763 times, 1 visits today)