OHSEM MAMA

DARI IBU UNTUK IBU

  • Utama
  • Produk

5 Tips Untuk Pastikan Anak Anda Selamat Ketika “Shopping” Di Pasar Raya

June 21, 2016 by Dina Zakaria

1 - Buku Pembelajaran Interaktif Kanak-Kanak - Dapatkan Sekarang
2 - Penyedut Hingus Canggih Oleh MommyHana - Dapatkan Sekarang

file000477941231bAssalamualaikum.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]

Bulan ramadhan ni, mana-mana pusat membeli belah pun sesak, padat. Masing-masing sibuk menyediakan persiapan hari raya untuk keluarga masing-masing. Di antara semua ahli keluarga, ibu tentunya yang paling banyak perkara yang perlu disiapkan. Betul tak?

Sambil membeli belah tu, keselamatan anak-anak harus diutamakan ye ibu-ibu.

5 tips ini pasti bantu ibu-ibu mengelakkan kemalangan kepada anak-anak anda yang berusia bawah 5 tahun

1. Gunakan “kids body harness” untuk pastikan anak anda sentiasa berada dekat dengan anda. Meletakkan anak ke dalam “stroller” atau penggendong juga adalah cara yang baik bagi memastikan mereka tidak berlari tanpa arah tuju.

2. Sediakan mainan, buku atau gadget untuk membuat mereka leka di dalam “stroller” ketika anda sedang membeli belah. Sebaiknya, pendekkan tempoh membeli belah secepat yang mungkin. Atau anda boleh pecahkan sesi tersebut kepada beberapa sesi yang lebih singkat untuk elakkan mereka kebosanan.

3. Pastikan anak anda tahu nombor telefon anda. Kalau anak terlalu kecil untuk ingat nombor telefon, ibu boleh tulis nombor telefon pada sehelai kertas dan masukkan ke dalam poket. Langkah berjaga-jaga andai kata anda terlepas pandang ketika asyik membeli-belah. Anda juga patut melatih anak-anak mengingati nama anda atau pasangan.

4. Pakaikan kasut (elakkan kasut bertali) untuk elakkan kemalangan di eskalator. Terdapat banyak kes yang melibatkan kanak-kanak tersangkut dan tersepit jari dan kaki di eskalator. Pastikan mereka menghadap hadapan dan tidak membelakangkan laluan.

5. Pastikan anda masuk dahulu ke dalam lif sebelum anak anda. Ini adalah untuk elakkan anak anda terperangkap dalam lif. Jangan pernah benarkan anak menghentikan pintu lif dari tertutup menggunakan tangan atau kaki. Ini sangat bahaya. Kadang-kadang, sensor boleh rosak! Anda tentu tak mahu kaki tangan anak anda tersepit bukan?

Cukup dulu 5 tips ini. Keselamatan anak adalah paling utama.

Jangan syok sangat beli belah sampai keselamatan anak-anak terabai ye. Nanti menangis kesedihan di hari raya pula.

P.S : Tips 1, 2 dan 3 boleh digunakan bila ke bazar ramadhan juga.

(Visited 745 times, 1 visits today)

Share this:

  • Facebook
  • Twitter
  • WhatsApp
  • Telegram

Filed Under: Keselamatan Anak

Artikel Popular

  • Tragedi Pedofilia #1: “Pakcik saya suruh hisap…
  • Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Anak Perempuan. Tahniah!
  • 7 Simptom Anak Anda Diserang Penyakit Penunomia.…
  • Sembuh Demam Panas Tanpa Ubat – Petua #2 Ramai…
  • Ini 10 Tanda-Tanda ‘Pelik’ Bakal Ibu…
  • Selepas Membaca Ini, Pasti Anda Terasa Ingin Memakai…
  • 15 ‘Rasa’ Ketika Hamil Yang Boleh…
  • 6 Tips Menghadapi Cirit-Birit Ketika Hamil
  • 9 Tanda Awal Kehamilan Yang Sering Bakal Ibu…
  • Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Anak Lelaki.…

Copyright © 2019 · Beautiful Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in