7 Tips Keselamatan Beli Mainan Anak Yang Ramai Ibubapa Tak Ambil Peduli

file0001911563406Pernah tak anda terfikir yang anak kesayangan anda boleh cedera atau meninggal dunia (nauzubillahiminzalik) berpunca dari permainan yang kita beli untuk menggembirakan mereka?

Membeli belah permainan untuk anak-anak boleh jadi menyeronokkan. Bukan sahaja kepada anak, malah ibu bapa juga. Pelbagai mainan yang ibubapa tak dapat beli masa kecil, terasa hendak dibelikan semua buat si anak “merasa”.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu sedar, tidak semua permainan kanak-kanak adalah sesuai. Mungkin kerana ia tidak sesuai dengan usia anak anda. Atau lebih bahaya lagi jika permainan tersebut boleh menyebabkan kecederaan yang anda tak pernah jangka!

US PIRG Education Fund melaporkan 6/10 permainan anak anda mungkin tidak selamat untuk mereka.

Berikut kami kongsikan tips untuk memilih permainan yang selamat untuk anak-anak kesayangan anda.

1. Pilih Mainan Sesuai Dengan Peringkat Umur Anak

Permainan yang terlalu canggih mungkin menyebabkan bahaya kepada kanak-kanak yang belum sampai umur. “Age appropriate” bukan dinilai dari segi kebijaksanaan atau kematangan kanak-kanak tersebut tetapi faktor keselamatan harus diutamakan.

Biasanya dekat kotak/pembalut ada tulis “For age 3 and above” dan sebagainya. Ia ditulis bersebab. Jangan fikir anda pandai. Ia di tulis mengikut saranan pakar. Jadi, ikut lah saranan tersebut jika sayang kan anak anda.

2. Awas Tentang Mainan Yang perlu dicaj

Kanak-kanak dibawah usia 10tahun tidak sepatutnya dibelikan permainan yang perlu dicaj menggunakan plug elektrik. Malah permainan yang beroperasi menggunakan bateri, seharusnya memerlukan orang dewasa untuk membuka tempat bateri bagi mengelakkan sebarang kes keracunan akibat tergigit atau termakan bateri!

Bateri mengandungi zinc, sejenis logam berat. Kesan “termakan” zinc boleh melambatkan proses tumbesaran anak anda. Malah, ada kes yang lebih serius hingga bawa kepada kanser, juga maut.

3. Pemilihan Saiz Mainan

Saiz yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke bawah adalah berdiameter lebih dari 3cm dan panjang melebihi 6cm untuk mengelakkan anak-anak tertelan permainan tersebut. Sebagai kayu ukur mudah, permainan anak anda sepatutnya lebih besar dan tidak boleh melalui gelung tisu tandas.

Uji mainan anak-anak anda hari ni ye ibu.

4. Awas Tentang Bahan Pewarna Merbahaya

Soft toys atau patung yang anda belikan untuk anak harus dipastikan tentang keselamatan pewarna yang digunakan. Bayi anda mungkin menggigit atau memasukkan mainan tersebut ke dalam mulut. Selain itu, anda juga perlu pastikan tidak ada sebarang bahagian tajam atau boleh tercabut pada permainan tersebut sebelum diberi kepada anak tersayang.

5. Bebas Bahan Bertoksik

Perhatikan label permainan. Pastikan permainan untuk anak (khasnya bawah usia 1 tahun) adalah bebas dari bahan toxic. Ia biasanya di label sebagai “Toxic Free“. Kanak-kanak di usia ini cenderung memasukkan apa sahaja benda yang menarik minat mereka ke dalam mulut.

6. Buang Pembalut Plastik

Buang plastik pembalut selepas mainan dibuka. Plastik pembalut selalu menjadi “permainan” tambahan kepada kanak-kanak. Ibu bapa perlu sedar tentang bahaya tercekik dan lemas yang boleh disebabkan oleh plastik pembalut mainan anak anda.

7. Awas Tentang Tercekik Tali, Reben dll

Pastikan permainan yang mempunyai tali, riben dan sebagainya tidak disangkut atau diletakkan di tempat tidur bayi. Permainan begini membuatkan anak anda risiko tercekik atau “strangled”.

Cukup dulu tips keselamatan membeli barang permainan. Ada masa, kita sambung lagi nanti! Perhatikan permainan anak anda yang sedia ada ye. Buang atau asingkan yang tak menepati ciri keselamatan ye ibu

Jumpa lagi!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 377 times, 1 visits today)