Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Jom baca perkongsian oleh Nurasykin Ali mengenai tips berpantang sendiri tanpa bantuan ibu bapa.

Berpantang sendiri, mampu ke? Nak berpantang sendiri ni, semangat kena kental. Sebelum bersalin kena siapkan segala keperluan dan jadual. Kak ekin pun berpantang sendiri jugak dulu sebab taknak susahkan mak. Alhamdulillah, dengan bantuan cik somi, berjaya berpantang dengan baik.

Berpantang sendiri ni tak susah kalau ibu plan awal-awal. Jangan pula tak berpantang, nanti urat sakit, longgar, keluar angin sana sini dan paling takut angin meroyan tu. Menyesal tak sudah nanti. Rahim jatuh lagilah sakit. Minta dijauhkanlah.

So, bawah ni ada beberapa tips yang Kak ekin nak kongsikan dari pengalaman sendiri.

1. BINCANG DENGAN SUAMI

Sebelum bersalin, Kak ekin akan siapkan list apa yang patut cik somi buat dan tampal kat dinding terus. Dalam list tu, Kak ekin akan senaraikan tugasan seperti basuh baju, mandikan anak, kemas rumah dan siapkan makan. Kalau bab jemur baju cik somi akan buat sebelum pergi ke kerja.

Rahim kita ni masih lemah, jadi elakkan dari buat kerja yg perlukan ibu membongkok. Jangan lupa lepas bersalin dan keluar hospital, suruh suami maklumkan pada nurse kat klinik supaya dapat pantau kita kat rumah. (Scroll bawah untuk tengok senarai tugasan suami Kak ekin setiap hari. Hehe)

2. TANDAS, KATIL DAN DAPUR BERHAMPIRAN

Bilik tidur ditingkat atas, Kak ekin akan pindahkan ke tingkat bawah berhampiran dengan dapur dan tandas. Nanti taklah susah sangat kalau dahaga air malam-malam. Lagipun Kak ekin ni jenis risau kalau naik anak-anak tangga ni. Kalau terjatuh nanti lain pulak ceritanya.

3. STOK MAKANAN

Sebelum bersalin, Kak ekin akan siapkan terus menu berpantang dan lekatkan kat dinding supaya senang nanti Kak ekin dan suami nak masak dan beli barang-barang. Kak ekin akan beli siap-siap lauk basah, sayur, dan sebagainya. Basuh siap-siap dan letak dalam bekas pastu susun dalam peti je.

Kalau tak larat, upah je jiran untuk masakan. Jangan lupa sediakan stok makanan tengah malam seperti biskut, roti, milo dan sebagainya. Sebab ibu menyusu ni akan sentiasa rasa lapar. (Menu berpantang seminggu Kak ekin ada selit kat bawah. Nanti scroll tengok tau)

4. SEDIAKAN KEPERLUAN MANDIAN ANAK

Keperluan mandi anak memang Kak ekin sediakan awal-awal. Ya lah, baby baru lahir ni masih lembik. Jadi kena pegang betul-betul. Kak ekin beli jaring dan bekas mandi tu je. Bila ada jaring, lebih senang nak mandikan. Mandian pula Kak ekin guna dari Boomi Baby sebab kulit bayi ni sensitif, jadi Kak ekin risau kalau guna mandian sebarangan, kulit anak jadi rosak.

Kalau yang Boomi Baby ni selamat sikit sebab berasaskan bahan alami je. Mandikan bayi tu sambil duduk bersimpuh depan pintu bilik air tau. Ianya lebih selamat supaya luka jahitan tak tertetas.

5. PASTIKAN PAKAIAN BERADA BERHAMPIRAN

Letak terus pakaian bayi dan ubat-ubatan berhampiran tempat tidur. Letak je dalam bakul kat atas kepala. Senang nak capai baju anak, anak berak ke apa senang nak ambil tisu basah dan pampers.

6. PAKAI STOKIN DAN BENGKUNG

Jangan selalu tinggalkan stokin tau. Sebab badan kita lemah, jadi untuk elakkan tubuh sakit dikemudian hari. Lebih baik pakai walaupun kurang selesa. Jangan lupa pakai bengkung. Pemakaian bengkung sangat penting supaya badan kita sentiasa kelihatan seperti anak dara.

7. CARI TUKANG URUT

Kak ekin tempah tukang urut 3 bulan lebih awal. Tapi kena cari yang pandai lancarkan susu ibu dan pandai urut ibu bersalin tau. Jangan tempah last minit, takut tukang urut yang pandai nanti fully booked. Kak ekin suggest amik pakej urut sekurangnya 3-7 hari.

8. SEDIAKAN SET BERSALIN

Beli mandian herba dalam bentuk pek untuk memudahkan suami rebus setiap pagi. Tapi kalau suami tak sempat rebus, Kak ekin guna je sabun herba jenama tanamera. Memang best pakai sabun ni, daki2 semua keluar dan rasa segar hangat je badan.

Tungku jangan lupa. Suami Kak ekin biasanya panaskan batu tungku sebelum dan selepas kerja. Kalau nak tahu, tungku atau tuaman sangat penting untuk keluarkan saki baki darah dalam rahim terutama darah bantal.

Selain daripada tu, Kak ekin juga sediakan barang tambahan seperti minyak angin, jamu, dan MilkUp Candy untuk banyakkan susu.

9. MINUM AIR SECUKUPNYA

Air kena minum secukupnya supaya susu badan akan bertambah dan banyak. Rahim pun akan cepat mengecut kalau anak isap susu dengan banyak. Lagipun selepas bersalin ni kita akan alami masalah membuang sampai takut nak ke tandas. Biasanya Kak ekin akan amalkan minum Duphalac selama seminggu supaya najis jadi lembut.

10. SIMPAN NOMBOR HP RUNNER

Nombor hp runner penting semasa kecemasan seperti beli makanan atau barang keperluan. Kak ekin sendiri ada list 2-3 orang runner sebagai backup untuk beli barang keperluan sekiranya suami sibuk atau outstation.

11. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL

Kalau yang ada anak kecil ni, minta suami letak anak ke babysitter dulu dalam tempoh 1-2 bulan pantang. Kak ekin hantar seminggu lebih awal dari tarikh bersalin supaya anak dapat sesuaikan diri. Ini utk mengelakkan ibu stress dari menjaga kedua-dua anak sekaligus.

#1

Ni senarai tugasan suami Kak ekin. Hari suami Kak ekin bekerja, Kak ekin sendiri yang akan mandikan anak. Kesian jugakkan, nak pergi kerja, balik kerja lagi.

Kalau pasal makan tengahari, suami selalunya yang akan bawa makanan. Takpun Kak ekin buat sendiri. Tapi hujung minggu memang suami Kak ekin pulun buat kerja kaw-kaw punya.

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

MENU BERPANTANG SEMINGGU

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Sekiranya rasa tak confident untuk mandikan bayi. Kak ekin suggest belikan tempat mandi berjaring begini. Memang sangat membantu.

Tips Berpantang Sendiri Tanpa Bantuan Ibu Bapa

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 41 times, 1 visits today)