Lelaki Ini Kongsikan 13 Tips Beraya Di Rumah Mertua Untuk Suami. #4 Memang Win!

guy-1303729_1920

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah, setiap tahun. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Arab, Inggeris, Melayu, India-Muslim, Cina-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun.

Uniknya di Malaysia kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan sangat meriah. Kebiasannya perniagaan-perniagaan yang kecil sehinggalah yang besar meski dikawal-selia oleh majikan yang bukan muslim akan memberikan cuti yang agak panjang untuk pekerja mereka.

Sebab itu di negara kita, ramai yang mengambil kesempatan aidilfitri ini untuk pulang ke kampung halaman bertemu dengan sanak saudara, berjumpa dengan rakan-rakan lama. Bila sudah berkahwin, kenalah bertolak ansur kan? Ada tahun beraya di kampung kita dahulu, ada tahun beraya di kampung pasangan kita pula.

Tetapi betul juga, kadang-kadang rasa janggal juga nak bina hubungan bersama dengan keluarga pasangan. Iyalah, waktu raya ni lah baru nak berkumpul ramai-ramai kan. Beberapa hari lepas kami telah membaca perkongsian Tuan Fdaus Ahmad di laman Facebooknya. Beliau telah kongsikan 13 tips berhari raya di rumah mentua.

Pendapat kami, 13 tips ini akan sangat membantu anda membina hubungan yang baik bersama seluruh ahli keluarga. Serius!

chef-430073_1920 (1)

1. Pastikan Boleh Memasak Satu Resipi. SATU Sahaja!

Sebelum pulang ke rumah mentua nanti, pastikanlah anda boleh masak sekurang-kurangnya satu resipi masakan yang power. Latih skill memasak menu tu sungguh-sungguh, sampai anda betul-betul yakin dan hebat masak menu tu. Contohnya, pandai masak nasi beriyani.

Nanti bila balik kampung, waktu tengah kumpul ramai-ramai tu ambil peluang keemasan untuk tawarkan diri masak nasi beriyani. Percayalah orang akan ingat betapa sedapnya nasi beriyani yang anda masak. Dan tahun depan dah tidak ada perkara yang perlu dirisaukan, mereka semua akan menanti kepulangan anda sebab terkenangkan betapa sedapnya nasi beriyani itu.

Kelakar juga, mereka akan fikir anda hebat memasak walhal cuma satu menu itu sahaja yang anda hebat. Psst, jangan lupa pesan Bruce Lee,

I fear not the man who has practiced 10000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10000 times.

2. Belajar Magic.

Selain daripada ambil hati orang yang sudah berumur, elok sangatlah kalau anda ambil hati anak-anak buah anda. Nak ambil hati anak buah ni tidaklah susah mana pun, sebelum balik kampung nanti belajarlah satu dua trik silap mata dekat internet.

Cuba yang mudah-mudah, belajar je Dekat youtube dan Google. Berlatih 2-3 trik kemudian masa di kampung nanti panggil anak-anak saudara (eloknya yang kecil-kecil lah, kalau dah sekolah menengah mereka pun malas nak layan) bagitahu anda nak ajar buat silap mata. Percayalah, jasa yang anda nampak kecil ini akan mereka kenang sampai mati.

3. Teka-teki.

Untuk jadikan raya di rumah mentua lebih seronok, anda tidak boleh menjadi lelaki yang membosankan. Yang cuma diam dan memerhati, anda perlu berinteraksi.

Belajarlah beberapa teka-teki (serius, Google saja!). Campur kan teka-teki yang senang, sederhana, susah dan kompleks. Sama juga metod dia macam poin untuk ajar silap mata. Lepas tu bagi lah hadiah apa-apa kalau budak budak dapat jawab.

Jadi pertama mereka dapat rasakan yang anda adalah lelaki yang tidak membosankan. Kedua mereka rasa dihargai sebab dapat hadiah. Ketiga, anda akan jadi pakcik kesayangan. Percayalah!

4. Hadiah Untuk Mertua.

Hadiah ni tak perlu pun yang mahal-mahal. Cukup sekadar bagi hadiah yang dekat dengan pak atau mak mertua anda.

5. Buah Tangan.

Yang ni boleh fikir sendiri. Paling kurang belikan kain batik untuk mak mertua, kain pelikat untuk pak mertua. Kalau bajet ketat nak beli baju mahal-mahal, bawak balik 2 pakaian asas orang melayu tu. Tak ada siapa boleh lawan betapa hikmah dan bijaksananya anda.

driver-1149997_1920

6. “Jom naik dengan saya.”

Bila kita permudahkan orang lain, tentu orang itu akan sayang dengan kita.

Jadi, ini ayat yang anda kena biasakan pakai bila dengar sedara, pak mertua, mak mertua nak berjalan rumah siapa siapa masa hari raya. Bila sampai kampung, cari jalan parking kereta paling belakang. Lepas pelawa “jom naik dengan saya”, sambung lagi “kereta saya paling senang keluar tu haa”. Jadi tak ada alasan orang menolak.

7. Sediakan Toolbox Dalam Kereta.

Sediakan ‘car jumper’ dan advance toolbox dalam boot kereta siap-siap. Bila ada apa-apa hal kereta saudara-mara yang bermasalah, tawarkanlah perkakas yang anda miliki, sebab kebiasannya perkakas toolbox asas je tak cukup.

8. Banyakkan Mendengar.

Bila bersembang, banyakkan mendengar. Seeloknya jangan lead sesi borak tu. Biarkan flow dia orang lain yang kawal. Kenalpasti beberapa bantuan yang boleh anda tawarkan yang muncul dalam isu borak tu.

Tidak perlulah anda sahaja yang jadi hero, anda boleh juga beritahu kawan-kawan yang mungkin boleh tolong ikut portfolio masalah yang muncul. Contoh, borak tu cerita pasal nak cari apa-apabarang, kalau match dengan kenalan, baru anda bersuara;
“Saya ada kawan biasa buat benda ni, dia boleh tolong ni..”

Dalam masa sekejap kau jadi orang penting. Tapi janganlah sembang kosong pula, tunaikanlah harapan yang anda dah bina.

9. Sedia Membantu.

Keperluan persiapan tak cukup? Beritahu pada isteri kau (dan pastikan sedara mara ipar duai dengar apa kau cakap. Ok, gurau.);

“Awak tanyakan mak tu kot ada apa apa barang masak tak cukup? Abang nak keluar kejap ni alang-alang boleh beli sekali.”

10. Ambil Hati Anak Saudara.

Masa nak keluar tu, bawak anak anak sedara sekali, belikan gula gula atau air kotak. Benda simple.

11. Permudahkan Urusan Orang Lain.

In case kau tahu ada sedara mara nak keluar beli barang, dalam hal ni kau terlambat sebab deal dah orang lain tak charge, kau bertenang. Apa kau kena buat? Kau offer kunci kereta.

“Pakai kereta saya je senang bang, keluar terus je tu haa”

12. Dapur Bukan Tempat Orang Lelaki.

Tak payah nak menyibuk sangat kat dapur kalau tak ada keperluan. Banyakkan masa kat ruang tamu dan berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain.

13. Ambil Gambar.

Ni last, in case tak ada benda sangat dah kau nak buat, baru lah snap gambar gambar apa patut dan upload di Facebook, tag saudara ipar duai yang ada dalam friendlist, letak caption;

“Seronok betul sambut raya kat sini. Meriah, semua saudara best dan sempoi.”

Posting asal telah dimuatnaik oleh Tuan Fdaus Ahmad pada 2 Julai 2016 seperti dibawah.

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,244 times, 1 visits today)