Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Kosong. Bersabarlah!

danbo-1206480_1920

Pertama, mesti anda tertanya-tanya, apakah maksudnya dengan mengandung kosong? Mengandung kosong atau kadangkala dipanggil kehamilan palsu adalah apabila seorang wanita merasakan dirinya sedang mengandungkan janin, tetapi tiba-tiba sewaktu pertengahan trimester, bayinya ghaib tanpa dikesan. Percayalah, ini terjadi!

Masalah mengandung kosong yang dialami oleh sebahagian daripada wanita ini belum diketahui secara tepat apakah penyebabnya tetapi sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa masalah yng terjadi ini ada kaitan dengan masalah psikologi seseorang wanita.

Apabila seseorang wanita itu mempunyai keinginan yang terlampau kuat untuk menimang cahaya mata, maka akan muncullah beberapa tanda kehamilan dalam dirinya. Walaupun sebenarnya, dia tidak pun mengandung!

Tanda kehamilan seperti terjadinya pembengkakan payudara dan perut juga merasakan gerakan janin di dalam perut. Semua perasaan serta perubahan yang terjadi akhirnya menghantar signal kepada otak untuk melepaskan hormon oestrogen dan prolaktin. Hormon-hormin ini akhirnya akan menimbulkan gejala kehamilan yang lebih serius walaupun sebenarnya janin tidak pun ada dalam rahim wanita itu.

Kebanyakan kes ini terjadi buat wanita yang berusia 40 tahun ke atas, sudah berkahwin tetapi masih belum direekikan untuk menimang cahaya mata. Dan sebahagian yang lain pula adalah dalam kalangan wanita yang baru sahaja mengalami kes keguguran. Kedua-duanya jika kita lihat mempunyai masalah psikologi yang hampir sama : tekanan.

Berikut merupakan beberapa petanda bahawa seseorang wanita itu sedang mengandung kosong:

  1. Mengalami kitaran menstruasi atau haid yang lambat.
  2. Perut membesar seakan-akan sedang hamil
  3. Sebahagian daripada mereka juga mengalami perubahan saiz payudara sehingga memungkinkan penghasilan susu badan.
  4. Mempunyai satu perasaan sensasi seperti sedang mempunyai janin di dalam perut mereka.
  5. Mual dan muntah seperti wanita yang hamil sesungguhnya.

Keadaan ini boleh terjadi pada seseorang wanita itu selama beberapa minggu, dan ada juga kes yang lanjut sehingga beberapa bulan. Tidak lain dan tidak bukan, masalah utama terjadinya perkara ini adalah disebabkan keinginan yang besar daripada seorang wanita untuk hamil dan menimang cahaya mata sendiri.

Kadangkala, keinginan yang sangat besar ini terjadi disebabkan oleh tekanan daripada cakap-cakap orang sekeliling yang sering bertanyakan hal mengenai anak ini, juga boleh disebabkan kerana kegagalan untuk melahirkan anak sebelum ini.

Apa-apa pun, berdoalah yang terbaik untuk kita semua. Moga di bulan yang penuh kemuliaan ini, Allah mendengar ratap tangis serta permintaan hambanya. Jangan lupa doakan kami di OhsemMama juga!

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 7,459 times, 2 visits today)