Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Anak Perempuan. Tahniah!

pasta-1308296_1920

Ketika hamil firasat (atau sesetengah daripada kita memanggil ia sebagai ‘women sixth sense’) dapat menduga jenis jantina bayi yang sedang dikandungnya, inilah tanda yang seringkali dikaitkan dengan kehadiran anak perempuan.

Meskipun tidak semua firasat, ‘rasa’ atau telahan si ibu hamil ini benar, tetapi kebiasannya perubahan terhadap perlakuan atau sikap seorang ibu ketika hamil sering dikatikan dengan jantina janinnya.

Secara asasnya, kita juga tahu bahawa untuk menentukan jantina bayi ini, ia dapat dilakukan dengan lebih tepat dengan bantuan teknologi perubatan yang boleh membuat imbasan 3D kepada janin yang berada dalam kandungan seorang ibu itu. Doktor kebiasaannya akan memberitahu jantina janin anda di awal trimester kedua. Tetapi bagi sebahagian ibu bapa yang sukakan kejutan (yang tidak membuat imbasan dll) kerap mengaitkan serta berteka-teki dengan tanda-tanda kehamilan itu sendiri.

Tapi betul, ianya lebih menarik. Lebih teruja kalau kita tidak tahu!

Berikut kami kongsikan sebahagian daripada tanda-tanda kehamilan yang sering kali dikaitkan dengan kehamilan bayi perempuan:

1. Mengalami Morning Sickness

Lapan daripada sepuluh wanita yang hamil mengandungi masalah ‘morning sickness’ ini. Eh, kejap. Apa itu morning sickness? Morning sickness adalah keadaan dimana ibu hamil merasa loya (atau mual) dan muntah secara spesifiknya pada waktu pagi dan malam tanpa sebab yang dapat dikenalpasti. Perbezaan gejala morning sickness ini dan pesakit yang mengalami masalah gastrik dan sakit perut adalah, mereka-mereka yang mengalami penyakit ini akan mual dan muntah pada bila-bila sahaja. Dan sudah jelaslah penyebabnya sudah diketahui oleh kita.

Dan untuk itu, wanita-wanita yang mengalami masalah ini tidak boleh sembuh dengan ubat-ubat penawar gastrik atau sakit perut yang anda beli di farmasi. Orang tua-tua percaya bahawa ibu-ibu hamil yang mengalami masalah morning sickness ini sedang mengandungkan anak perempuan.

Tapi macam mana ya mereka tahu? Pft, mungkin berdasarkan pengalaman lah kan? 😉

2. IbuKelihatan Cantik Berseri-seri

Sebahagian lagi mempunyai pendapat yang berbeza, mereka berpendapat bahawa ibu hamil yang mengandung anak perempuan lebih gemar untuk bersolek dan menjaga penampilan diri mereka. Wallahu’alam, sejauh mana kesahihannya, tetapi andai anda seorang ibu yang suka berdandan dan bersolek, berhati-hatilah dalam menggunakan bahan kosmetik kerana sebahagian besar daripadanya mengandungi bahan kimia yang dibimbangi memberi kesan kepada tubesaran janin.

3.Berat di Bahagian Pinggul Bertambah

Tanda kehamilan selanjutnya adalah apabila si ibu itu sendiri merasakan berat di bahagian pinggag dan pinggul semakin bertambah.  Ada juga sebahagian daripadanya yang berpendapat bahawa ciri ini boleh dikategorikan dalam ciri khas mengandung janin perempuan kerana kebiasaannya janin perempuan ini dapat dilihat daripada keadaan perut yang melebar ke sisi dan condong ke arah atas.

4. Tidak Dapat Mengawal Emosi

Sebenarnya, perubahan emosi ketika hamil ini adalah disebabkan berlakunya perubahan hormon di dalam tubuh ibu. Ya lah, tentu sahaja hormon si ibu bertambah, dia sedang berkongsi tubuh dengan manusia lain! Tetapi, ada juga yang membantah pendapat ini dengan mengatakan bahawa si ibu melakukan segala sesuatu dengan mood yang dirasakannya ketika itu.

Tetapi begitulah, perubahan sikap kepada orang sekeliling (selalu beremosi dan marah), sihubungkaitkan dengan kehamilan janin perempuan.

5.Kulit Menjadi Lebih Sensitif

Perubahan fizikal yang dialami oleh wanita yang hamil anak perempuan selalu dikatikan dengan keadaan kulit yang lebih sensitif dibandingkan dengan kulit wanita sebelum mereka hamil. Dan, ibu hamil juga mengalami perubahan keadaan fizikal (tentu sekali!) dan ini juga termasuk pada kulit di bahagian bawah badan.

Ya, inilah cuma tips-tips yang dikumpul berdasarkan pengalaman orang-orang lama. Jadi bertenanglah. Kalau mahukan yang lebih tepat, bertemulah dengan doktor dan dapatkan imbasan. Insyaallah, keputusan yang diberikan oleh Tuan Doktor pasti lebih tepat dan akurat.

Suka artikel ini? Adakah anda merasakannya bermanfaat?

Ya?!

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 18,966 times, 1 visits today)