Tanda-Tanda Anda Sedang Mengandung Anak Lelaki. Senyum Lebar Nampak!

child-428377_1920

Ketika hamil firasat (atau sesetengah daripada kita memanggil ia sebagai ‘women sixth sense’) dapat menduga jenis jantina bayi yang sedang dikandungnya.

Meskipun tidak semua firasat, ‘rasa’ atau telahan si ibu hamil ini benar, tetapi kebiasannya perubahan terhadap perlakuan atau sikap seorang ibu ketika hamil sering dikatikan dengan jantina janinnya.

Secara asasnya, kita juga tahu bahawa untuk menentukan jantina bayi ini, ia dapat dilakukan dengan lebih tepat dengan bantuan teknologi perubatan yang boleh membuat imbasan 3D kepada janin yang berada dalam kandungan seorang ibu itu. Doktor kebiasaannya akan memberitahu jantina janin anda di awal trimester kedua. Tetapi bagi sebahagian ibu bapa yang sukakan kejutan (yang tidak membuat imbasan dll) kerap mengaitkan serta berteka-teki dengan tanda-tanda kehamilan itu sendiri.

Tapi betul, ianya lebih menarik. Lebih teruja kalau kita tidak tahu!

Berikut kami kongsikan sebahagian daripada tanda-tanda kehamilan yang sering kali dikaitkan dengan kehamilan bayi lelaki:

1. Posisi Perut

Posisi perut memang selalu sangat dikaitkan dengan jantina janin. Ibu hamil yang mengandung anak lelaki (atau lebih tepatnya dijangka mengandung anak lelaki), posisi perutnya akan cenderung ke bahagian bawah atau memanjang. Tetapi tentu sahaja tanda ini sukar untuk diukur, kerana usia janin itu sendiri memainkan peranan yang sangat penting.

2. Jerawat Manja

Disebabkan oleh perubahan hormon yang dialami si ibu ketika mengandungkan anak lelaki, ibu hamil yang dijangka mengandungkan anak lelaki berkemungkinan besar akan tumbuh jerawat di wajah mereka. Tentu sekali bukan itu sahaja, ianya datang bersama pakej mual, muntah-muntah dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, ada sebahagian yang berpendapat bahawa jerawat yang muncul tidak boleh dikaitkan dengan kehamilan bayi lelaki, tetapi jerawat yang muncul itu cuma disebabkan oleh hormon dan mungkin juga disebabkan anda berhenti menggunakan alat kosmetik.

3.Warna Air Kencing

Maaf, jika ianya agak sensitif buat anda. Tetapi ada sebahagian yang mengaitkan warna air kencing ibu hamil yang gelap sebagai menandakan bahawa si ibu sedang mengandungkan anak lelaki. Pfft, tapi ada juga yang menyanggah. Sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa warna air kencing yang gelap cuma disebabkan oleh hidrasi oleh tubuh ibu itu sendiri. Selagi si ibu mendapatkan jumlah air yang sesuai, maka warna air kencing tidak akan menjadi gelap.

Masuk akal juga kan? Hm.

4. Payudara Membesar

Orang tua-tua kata, ibu yang sedang mengandung anak lelaki akan menyaksikan perubahan drastik pada buah dadanya.  Betul kah? Pendapat ini disanggah sebahagian yang lain kerana bersetuju bahawa saiz payudara yang membesar adalah disebabkan tubuh si ibu sedang mempersiapkan untuk menghasilkan susu.

5.Posisi Tidur

Posisi tidur ibu hamil juga kadangkala dikaitkan dengan jantina bayi yang sedang dikandungnya. Unik betul! Apabila ibu hamil yang sedang mengandungkan janin lelaki, si ibu akan lebih selesa untuk menghadap ke sebelah kiri berbanding ke sebelah kanan.

Ya, inilah cuma tips-tips yang dikumpul berdasarkan pengalaman orang-orang lama. Jadi bertenanglah. Kalau mahukan yang lebih tepat, bertemulah dengan doktor dan dapatkan imbasan. Insyaallah, keputusan yang diberikan oleh Tuan Doktor pasti lebih tepat dan akurat.

Suka artikel ini? Adakah anda merasakannya bermanfaat?

Ya?!

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda!

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 12,829 times, 3 visits today)