Tanda Anak Lebih Sayangkan Ayah Daripada Ibu

family-557108_1280

Kata orang, kasihnya ayah selama-lamanya.

Walaupun kebiasaannya ibu lebih mudah untuk didampingi dan dikasihi serta dilebihkan oleh seorang anak, tidak jarang juga seorang anak lebih rapat dengan ayahandanya. Tetapi sukar untuk dikesan sebenarnya anak yang lebih mesra dengan ayahnya. Untuk itu kami kongsikan beberapa petanda yang menunjukkan si anak lebih rapat dengan ayah berbanding ibunya.

1.Tercari-cari ayahnya.

Tidak jarang, anak yang cenderung rapat dengan ayahnya, seringkali akan bertanya perihal bapanya. Contohnya apabila si ayah tidak kelihatan di rumah sewaktu hari hujung minggu, si anak akan bertanya,

Ayah mana? Ayah kerja ke? Dah lama ke ayah keluar?

Sebenarnya ciri ini juga terpakai untuk anak yang rapat dengan ibunya. Cuma soalannya tentu sekali berkaitan dengan ibu. Haaa, ya lah. Macam kita bercinta dulu, kalau boleh kan selalu sahaja nak tahu pasangan kita di mana.

 

2. Sangat gembira menyambut ayahnya

Apabila terdengar bunyi pintu pagar terheret, deruman enjin kereta baru terdengar sayup-sayup di perkarangan rumah, si kecil sudah menjerit kegembiraan. Dia sesungguhnya mengetahui, bahawa sosok yang dirindui sekian lamanya itu telah pulang daripada kerja.

Jangan salah sangka, mereka bukan berlakon wahai bonda. Mereka cuma sedang mengekspresikan perasaan mereka sahaja. Indah sekali ya menjadi anak kecil, boleh mengekspresikan perasaan mereka tanpa prejudis.

3. Ayah adalah idola

Pasti anda atau keluarga pernah bertanya kepada si kecil dengan soalan ini,

Balqis anak ayah atau anak mak?

Anak ayah! Dan anak mak.

Haaa, nampak? Eh, sabar, jangan dimarahi anak itu. Ketahuilah, dia cuma sedang berlaku jujur kepada anda. Insan pertama yang disebutnya, insan itu lah yang lebih rapat dengan dirinya. Baginya, ayah adalah segala-galanya. Ayah adalah denyut jantungnya, kehidupannya dan cinta hatinya.

Untuk ibu, bersabarlah. Haha!

4. Suka Bermain Dengan Ayah

Pernahkah anda menjumpai kanak-kanak yang sangat seronok ketika bermain bersama ayahnya? Haa, itulah petanda jelas bahawa si anak itu rapat dengan ayahnya. Si anak yang rapat dengan ayahnya selalu ingin bersama dengan ayah, tidak bosan dengan jenaka-jenaka murahan si ayah dan seronok berlama-lama bermain bersama ayahnya.

Dalam fikiran mereka cuma ingin selalu bersama ayahnya. Ini bukan kisah romantis, ini kisah benar.

 

5. Berkongsi Segala Perkara Dengan Ayah

Anak yang rapat dengan ayah tidak akan merahsiakan apa-apa dengan ayahnya. Daripada sekecil-kecil perkara seperti kisah dimarahi oleh guru sehinggalah kisah-kisah yang lebih besar seperti jatuh suka kepada rakan sekelas akan diceritakan kepada ayahnya. Bagi mereka, ayah adalah pendengar serta pemerhati paling setia yang pernah muncul dalam hidup mereka.

Untuk ibu, janganlah cemburu. Kerana tidak semestinya apabila seorang anak itu rapat dengan ayahnya, dia terlupa akan ibunya. Kan? Senyum sikit.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 4,038 times, 1 visits today)