Susu Ibu Kelihatan Cair? Faktor #1 dan #2 Ini Kemungkinan Besar Penyebabnya!

Ada segelintir ibu yang tidak tahu bahawa susu ibu sangat unik dan bersifat individual. Jadi, antara seseorang ibu dengan ibu yang lain, mungkin fizikal susu itu berbeza. Pada awal kelahiran, ramai ibu yang sudah memulakan susu formula kepada bayi kerana menyangka susu mereka cair dan khasiatnya kurang. Jadi, bayi tidak cukup susu dan sentiasa menangis.

Sebenarnya ini adalah salah satu rahsia susu ibu yang tak ramai orang tahu. Penciptaan susu ibu itu terlalu istimewa dan tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, walaupun yang terbaik di dunia ini.

Secara kasarnya, susu ibu wujud dalam 2 keadaan:

1. Foremilk atau susu dihadapan adalah susu yang keluar awal semasa menyusu, biasanya lebih cair.

2. Hindmilk atau susu terbelakang ialah susu yang keluar selepas beberapa minit menyusu, dan susu ini sudah tentu kelihatan lebih pekat.

susu ibu cair

Perbezaan antara foremilk dan hindmilk

Tahukah anda? Kepekatan susu juga bergantung kepada beberapa faktor luaran dan dalaman. OhsemMama akan menerangankan dengan lebih lanjut di bawah.

1. Cuaca

Ketika cuaca panas, air apa agaknya yang kita cari? Adalah air teh ais yang pekat dengan susu? Dah tentu air kosong ialah air paling menyamankan untuk menghilangkan dahaga.

Begitu juga dengan susu ibu. Apabila cuaca panas, badan ibu akan mendapat isyarat bahaya cuaca panas, dan secara logiknya bayi juga akan panas akan berasa panas dan memerlukan lebih air untuk menyejukkan tubuh.

Jadi, sebab tu lebih banyak foremilk dihasilkan untuk memberi lebih hidrasi kepada bayi. Disamping itu, foremilk membekalkan vitamin untuk melawan jangkitan akibat hawa panas yang mudah mematangkan flora.

Kita pun tahu, apabila cuaca panas, virus-virus selsema dan batuk senang merebak. Sebab itu bayi yang diberi susu formula akan lebih cepat jatuh sakit.

Sebaliknya jika cuaca sejuk, hindmilk yang mengandungi banyak lemak dan karbohidrat diperlukan untuk memanaskan badan bayi.

2. Kerap mengosongkan payudara

Bila payudara kerap dikosongkan melalui penyusuan atau perahan, badan akan mengesan susu tidak cukup atau bayi tidak kenyang. Secara tidak langsung, badan kita akan bertindak menghasilkan susu lebih untuk menampung keperluan dan nutrien bayi untuk tumbesaran. Memerah susu ibu sebenarnya mempunyai banyak kebaikan.

Jika ibu perasan, susu lebih cair pada 15 minit pertama dan menjadi lebih pekat apabila 1 jam. Inilah yang OhsemMama katakan mengenai foremilk dan hindmilk.

Jika ibu berhenti mengepam susu pada 15 minit pertama, kemungkinan ibu mendapat susu yang lebih cair adalah tinggi. Mengepam susu juga tidak boleh melebihi 1 jam, nanti rosak pula tisu payudara.

3. Pemakanan ibu

Ibu akan mendapati susu lebih cair apabila minum banyak air masak, makan halba atau fenugreek. Seperti yang OhsemMama kongsikan sebentar tadi, susu cair mengandungi lebih banyak vitamin, jadi sebenarnya sangat baik untuk bayi.

Manakala antara makanan yang memekatkan susu ibu ialah protein dan oats.

4. Saiz perut bayi

Untuk pengetahun ibu-ibu juga, saiz perut bayi diawal kelahiran adalah kecil saja hanya lebih kurang sebesar guli dan paling besar pun hanyalah saiz telur ayam sekurang-kurangnya sehingga berusia setahun. Jadi risiko untuk tidak cukup susu adalah hampir mustahil. Jadi, alasan bayi tidak cukup susu hanyalah igauan ibu semata-mata. Sebaliknya ibu perlu selidik sebab bayi menangis dan bertindak sewajarnya. Yang penting penyelesaiannya bukan hanya menyumbat susu.

saiz perut bayi baru lahir

Kesimpulannya kejayaan penyusuan ibu atau perkembangan tumbesaran bayi tidak bergantung kepada pekat atau cair susu ibu itu. Susu ibu tetap yang terbaik dan tiada tandingan dari semua segi. Kalau mahu dibandingkan susu ibu dengan susu formula memang jauh sangat perbezaannya.

Yang penting penyusuan diteruskan dan dilakukan sekerap mungkin untuk memastikan proses penghasilan susu ibu berjalan lancar.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 6,542 times, 1 visits today)