Setiap Ibu Mesti Bersikap Seperti Ini Kalau Mahu Anak Jadi ‘Manusia’

Kredit foto: www.bijlesacademie.nl

Kredit foto: www.bijlesacademie.nl

Keberkatan ilmu daripada seorang guru sangalah penting. Keberkatan ilmu itu lah yang akan memandu anak-anak untuk mendepani masa akan datang dengan mudah dan teratur. Ustaz Khailil Razak dalam statusnya yang dimuatnaik beberapa hari lepas telah menyedarkan kita kalau kita mahu anak-anak dapat keberkatan ilmu itu, kita mesti contohi sikap ibu-ibu kita dahulu.

Kadang-kadang hairan, dulu masa kita sekolah cikgu-cikgu bukan main garang lagi. Garang gila! Muka saya ni hari-hari kena tampar dengan cikgu Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan Mersing Kanan dulu. Haha. Cikgu BM masa darjah 5 pernah cekik saya sampai terangkat. Cikgu matematik mak aii garang! Salah satu cubit sampai merah kat dada. Tetapi saya pernah kena puji dengan Cikgu Noraini (cikgu yang mengajar subjek matematik),

“Bagus, kerja kemas.”

Tapi kalau salah kena jugak tampar. Tak berani buat salah walaupun satu. Buat soalan dekat depan memang cuak, takut salah! Kalau salah kena tonyoh dekat papan hitam. Tapi kita masa tu kena apa pun dekat sekolah tak berani bagitahu pada mak ayah, sebab kalau report memang lagi teruk kena.

Masa tandatangan report kad (saya) mengadu pada arwah mak,

“Mak, cikgu tu selalu tampar adik.”

Mak saya bagitahu pada cikgu tu,

“Cikgu, ni anak saya. Buatlah apa saja yg cikgu suka, rotan, cubit, tampar, buatlah. Biar dia rasa, biasa dia malas belajar.”

Aduii dalam hati aku ingat nak mak marah cikgu tu, rupanya lagi teruk aku kena. Tapi masyaAllah kita semua jadi orang hari ni asbab cikgu kita yang garang dulu kan.

MasyaAllah, sekarang baru saya faham kenapa mak buat macam tu. Supaya anak dia ni dapat keberkatan cikgu, kena tegur kena marah dengan cikgu adalah satu rahmat dan keberkatan. Kita faham hari ni cikgu pukul rotan marah anak kita sebab cikgu benci pada anak kita, kita mula serang cikgu kat sekolah bawak peguam dan sebagainya. Sebab tu anak kita susah nak dapat keberkatan dalam pelajaran mereka. Akhlak mereka jadi teruk.

Hari ni pelajar berani kurang ajar dengan cikgu, berani tak siapkan kerja rumah, berani tengking cikgu, cakap perkataan bukan-bukan pada cikgu. Mereka bijak, kelas depan, sekolah asrama tapi keberkatan hilang dalam hidup. Kenapa mereka berani buat begitu? Saya rasa sebab mereka anggap mereka ada backup besar di luar. Siapa? mak ayahnya yang selalu menangkan anak-anak mereka. Ya Allah, banyaknya silap kami.

Masa saya belajar di india, saya pernah lihat depan mata saya di satu madrasah budak-budak tengah hafal al-quran. Tiba-tiba budak berdua ni bercakap masa tengah baca al-quran, ustaz dia datang dan terus rotan anak muridnya dekat mulut dan terajang. Aduiii, saya mula angin juga! Apa hal sampai macam tu, bercakap je kot! Lepas tu saya dengar lah ustaz tu cakap sambil pegang al-quran,

“Yee Quran sharief bohoot Kareem he.”

MasyaAllah baru lah saya faham, rupanya mereka ni sangat mementingkan kemulian al-quran, ilmu. Sebab tu di India, surau atau masjid kecil macam mana sekali pun imamnya mesti al hafiz. Seluruh masjid di india! Hari ni di Malaysia, Ya Allah, anak-anak kita bukan setakat tak hormat cikgu, bahkan boleh maki cikgu. Boleh maki mak ayah. Boleh tinggikan suara dengan cikgu. Betullah, kalau lah hidup kita susah satu hari nanti jangan salah mak ayah, jangan salahkan kerajaan, jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri sebab tak mementingkan keberkatan ilmu masa kita jadi pelajar dulu.

Alhamdulillah tanda syukur saya pada Allah kurniakan saya cikgu-cikgu saya yang garang dulu, saya buat program percuma di sekolah-sekolah yg pernah saya belajar. Tetapi ada juga yg nak bayar walaupun saya tolak. Kalau jumpa kat kedai makan nampak cikgu saya tengah makan, saya tak benarkan mereka bayar. Ya Allah terima kasih bagi kami guru-guru yang mendidik kami, bukan setakat mengajar kami. Beza sangat guru yang mendidik dengan guru yang mengajar. Mengajar hanya datang sekolah fikir utk habiskan silibus, tapi mendidik fikir untuk mengajar dan pimpin tangan pelajar untuk jadi manusia yang beriman dan masuk ke syurga. Ya Allah maafkan kami atas salah silap kami terhadap guru-guru kami dahulu. Maafkan kami sebagai mak ayah yg terlalu manjakan anak-anak kami. Ya Allah jadikanlah kami guru-guru dan ibu bapa yang ikhlas dalam mendidik. Amiiin.

Nota kaki : Jika masa belajar kita tak dapat keberkatan dengan cikgu-cikgu, sebenarnya kita mencipta masa depan yang sangat getir.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 997 times, 1 visits today)