Sentuhan Yang Mampu Menyembuhkan Sakit Bayi

 

newborn-1328454_1920

Hebatnya Allah, sentuhan yang seremeh-remeh perkara pun memberi manfaat yang sungguh besar untuk anak kecil. Bayangkan kawan, sentuhan yang kita rasa tidak ada apa-apa itu bukan sahaja membuatkan bayi merasa nyaman, malah dapat menyembuhkan secara semulajadi penyakit seorang bayi. Fuh, hebat kan!

Dalam penyembuhan holistik, setiap masalah atau penyakit yang berkaitan dengan perkara-perkara fizikal tidak akan dianggap berdiri sendiri. Pasti ada kaitannya dengan emosi dan perasaan. Sehingga, pemberian ubat sahaja tidak cukup, kerana hanya cuma menyembuhkan sebabnya sahaja, bukan membuang. Mental yang sihat mendorong tubuh sihat secara fitrahnya dengan lebih baik. Begitu juga sebaliknya, fizikal yang sihat membuat kita lebih nyaman dan gembira.

Jin Shin Jyutshu (JSJ) adalah terapi sentuhan atau seni penyembuhan kuno dari Jepun, yang saat ini sedang menjadi bahan bualan halang dalam kalangan para ibu. Ramai diantara mereka yang mendaftar dan mempelajari JSJ sebagai salah satu cara mengaktifkan kembali kemampuan penyembuhan diri sendiri dan anak. Tegasnya, JSJ mengajarkan kita mengenal diri sendiri melalui tubuh. Kerana emosi, perasaan, dan anggota fizikal saling berkaitan, maka ketika terdapat bahagian dalam anggota fizikal yang sakit, kebiasannya emosi atau perasaan kita pun terganggu. JSJ merawat kekacauan tubuh dengan sentuhan, agar fizikal, emosi, dan perasaan pulih. Teknik dan resepi-resepi sentuhan JSJ bisa dilakukan bayi. Jadi bila sebelumnya anda menyentuh bayi sakit disebabkan perasaan, sekarang sentuhan anda lebih jelas sebabnya.

Sembuh secara semulajadi dengan sentuhan. Secara umum, sentuhan memiliki makna penting dalam proses tumbesaran bayi. Menurut Ratih Pramanik, ahli psikologi perkembangan dari Personal Growth, selain untuk menjalin ikatan antara orang tua dana anak, sentuhan berupa belaian dan urutan boleh menjadi satu perkara pennting untuk memenuhi keperluan kasih sayang, menciptakan rasa aman dan kesedaran akan tubuh, pada bayi di bulan-bulan pertama kehidupannya. “Bayi yang kurang mendapat sentuhan, apalagi sering dibiarkan menangis lama, kurang terpenuhi keperluan kasih sayang, perhatian dan rasa amannya. Emosinya lebih tidak terkawal sehingga lama-kelamaan menjadi anak yang rebel, sukar makan, lama-lama khasiat yang diperlukan tubuh mereka pun terganggu dan akan menganggu proses pertumbuhan fizikalnya,” kata Ratih. Ketika sakit, biasanya bayi lebih cerewet. Menurut Ratih, itu bukan semata-mata  manja, tetapi secara naluriah karena dia mencari rasa nyaman untuk kesembuhan secara semulajadi. “Kehadiran orang tua ditambah sentuhan membuat bayi merasa aman, nyaman, dihargai, dan disayang, sehingga memiliki semangat sembuh. Tidak perlu digendong seharian. Berikan secukupnya, lalu alihkan perhatian dengan membaca buku, bercerita atau bermain di tempat tidur,” ujar Ratih.

Dunia kedoktoran mengakuinya! Dunia kedoktoran mengakui ilmu sentuhan. Menurut Dr. Ayu Partiwi, Sp.A, MARS, dokter pakar anak dari RSIA Bunda, Jakarta, sentuhan menurunkan hormon stress atau cathecholamine, yang berpengaruh pada kekebalan tubuh. Sentuhan juga memperbaiki sistem aliran darah dan pernafasan. Sentuhan di kulit bayi merangsang berbagai hormon pertumbuhan, hormon serotonin, sehingga membuat bayi nyaman dan tumbuh lebih baik dan sihat. Ketika bayi sakit, menurutnya, sentuhan berdaya menjadi penyembuh yang kuat. Sentuhan seluruh kulit memindahkan suhu bayi ke orang yang memeluk, sehingga menurunkan demam -prinsip konduksi. Urutan lembut juga menimbulkan ketenangan pada otot pernafasan, sehingga meringankan gejala batuk dan asma. Saat bayi sakit urutan, pijatan lembut di perut merangsang hormon serotonin, sehingga meringankan gejala.

Haaa. Hebat kan? Jangan lupa kongsikan mafaat sentuhan ini kepada rakan-rakan ya.

Artikel ini telah disuntuing dan diterjemah daripada artikel asal yang disini .

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 299 times, 1 visits today)