Senaman Berkesan Untuk Mengetatkan Faraj – Mesti Cuba!

Faraj longgar tetapi anda masih menafikannya setiap hari. Langkah-langkah untuk mengembalikan kembali kekuatan otot-otot pada faraj harus dilakukan segera! Bagi mencapai tujuan ini, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah menerima hakikat bahawa faraj anda memang longgar. Selepas menerima hakikat, barulah anda boleh maju kepada proses yang seterusnya iaitu perancangan dan pelaksanaan.

Kesan faraj longgar

Bagi menguatkan lagi azam anda untuk melakukan perubahan, OhsemMama menyenaraikan kesan sekiranya anda masih berada di takuk yang lama (kondisi faraj yang longgar). Pasti anda mahu lakukan perubahan selepas membaca senarai ini!

1. Kebocoran kencing
2. Perut mudah masuk angin atau lebih ringkas dipanggil kembung perut
3. Ketika melahirkan anak, kesan koyakan pada vagina adalah keterlaluan dan lebih besar daripada kebiasaannya
4. Kurang aliran darah ke rahim dan vagina
5. dan yang paling ditakuti – kurang nikmat ketika berada di ranjang bersama suami

OhsemMama prihatin dan ingin membantu anda mengatasi masalah faraj longgar yang menghantui diri hari demi hari. Namun di penghujungnya masih terserah kepada anda samada mahu melakukan pelan tindakan atau tidak. Jika anda bersungguh-sungguh untuk berpaling daripada masalah ini, anda boleh mula melaksanakan senaman-senaman seperti yang tertulis di bawah. Selamat mencuba!

Senaman Naikkan Kaki

ps_02.3
1. Baringkan badan dalam posisi telentang
2. Angkat kedua belah kaki ke atas
3. Turunkan kedua belah kaki
4. Ulang selama beberapa kali

Senaman Kegel

1. Tahan nafas
2. Tanpa kecutkan otot perut, kemutkan faraj seperti sedang menahan kencing
3. Kira sampai 10
4. Lepaskan seperti biasa
5. Ulang 25 kali setiap sesi, buat 3 sesi sehari

Senaman Berjengket

Air-Squats
1. Berdiri dengan kaki selebar bahu
2. Pastikan pinggang lurus
3. Bengkokkan lutut dan turunkan tubuh secara perlahan-lahan
4. Untuk hasil yang lebih baik, depakan tangan

Senaman Otot Lantai Pelvik

1. Mula-mula sekali berdiri, duduk atau baring dengan kaki anda dijarakkan sedikit dan otot-otot peha, punggung dan abdomen direhatkan
2. Ketatkan otot-otot di permukaan hadapan dan belakang anda dan gerakkan otot ke atas
3. Lakukan sebanyak 10 kali secara perlahan dan 10 kali secara cepat
4. Lakukan senaman ini sekurang-kurangnya 4-5 kali sehari
5. Anda boleh lakukan senaman ini ketika menonton televisyen, membaca buku, malah ketika berada di dalam kesesakan trafik

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 20,916 times, 1 visits today)