6 Tips Untuk Jadikan Hari Raya Kali Ini Lebih Bermakna Bersama Keluarga Tercinta

Happy-Eid-Mubarak-SMS-Wishes-03

Ramadan sudah hampir tiba di penghujungnya. Sudah tentu ada perasaan sedih yang menyelubungi diri kita mengenangkan bulan pesta ibadah yang akan pergi sebelas bulan lamanya, tetapi anggaplah ianya juga sebagai satu kejayaan betapa kita telah berjaya melaksanakan perintah Tuhan untuk berpuasa sepanjang siang, demi keredhaannya.

Berakhirnya ramadan, bermulalah bulan yang sangat digemari oleh anak-anak kita, syawal! Rayaaaa! Untuk meraikan hari yang istimewa ini, kami kongsikan beberapa tips yang dapat anda amalkan supaya hari raya anda bersama keluarga menjadi lebih bermakna dan seronok.

1. Rancang Perjalanan & Aktiviti Yang Bakal Anda Lakukan.

Raya pertama insyaallah akan jatuh pada hari rabu, jadi anda perlulah merancang hari apa yang sesuai untuk anda pulang ke kampung halaman, bila nak beraya di rumah tok lang, tok ngah dan tok chik. Kemudian beraya pula di kampung pasangan anda.

Seelok-eloknya, telefonlah mereka yang termasuk dalam senarai rumah wajib kunjung untuk minggu pertama raya ini dan pastikan bahawa mereka ada dirumah ketika anda ingin datang. Utamakanlah keluarga dan kawan-kawan lama yang duduk sekampung dahulu, teman-teman sekerja minggu kedua dan ketiga syawal pun masih ada masa lagi kan. 😉

Kredit Foto: www.scarymommy.com

Kredit Foto: www.scarymommy.com

2. Kemas & Hias Rumah

Haaa, ini memang aktiviti yang wajib kita laksanakan bersama ahli keluarga yang lain. Syawal datang sekali sahaja setahun, sekali ini biarlah kita cuci rumah dan hiasinya dengan hiasan yang cantik-cantik. Sebenarnya aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan dalam keluarga kita, tidaklah malam sebelum raya itu kita cuma main Facebook je.

Serius seronok aktiviti ini. Penuh gelak tawa dan gurau-gurau manja. Tapi ingat, jangan pula menghias sampai membeli perkara-perkara yang tidak perlu pula. Membazir kan tidak elok 🙂

3. Masak Sama-Sama

Kalau anda merupakan seorang ibu, pastinya anda telah merancang senarai makanan yang perlu dimasak pada hari raya pertama. Kan?

Rendang.

Ketupat.

Lemang.

Pulut Kuning.

Lontong.

Dan banyak lagiii.

Kalau nak rasa kemeriahannya lagi, ajaklah anak-anak anda untuk turut serta dalam aktiviti memasak ini. Iya, mungkin agak leceh lah juga kena mengajar mereka pada mulanya, tetapi percayalah, raya anda akan jadi lebih bermakna.

4. Nampak Mereka Yang Keseorangan? Jemput Mereka Untuk Turut Serta!

Kadangkala kita ada kenal jiran selang 2,3 buah rumah yang anaknya tidak pulang beraya tahun ini, dan cuma mereka berdua – sepasang yang tinggal menyambut lebaran.

Ajaklah mereka untuk turut serta meraikan di rumah anda. Bulan ini kan bulan kita menyemai cinta. 🙂

Kredit Foto: www.kazasluxury.gr

Kredit Foto: www.kazasluxury.gr

5. Road Trip!

Jika anda dapat menyelesaikan senarai rumah yang perlu dikunjungi dalam masa yang lebih singkat, apa kata kalau anda ajak suami dan keluarga anda untuk road trip ke kawasan-kawasan pergunungan, air terjun atau mungkin pantai-pantai yang ada di Malaysia ini.

Iyalah, bukan senang nak cuti panjang dan serentak semacam ini kan? 😉

6. Ziarah

Haaa, aktiviti ini yang paling penting sebenarnya. Tetapi disebabkan aktiviti ini memang aktiviti wajib, jadi saya letakkan dalam senarai akhir untuk tips kali ini.

Jangan lah pula lupa untuk menziarah ahli keluarga dan rakan-rakan kita. Kenalkan kepada anak-anak tentang kawan baik kita, kawan yang pernah keluar travel dengan kita masa muda-muda dulu, dan teman satu kuliah.

Dan apa salahnya kalau sesekali anda pula berziarah ke rumah kawan-kawan anak anda. Boleh kenal keluarga mereka pula. Kan? 🙂

Raikanlah syawal kali ini dengan senyuman. Kurangkan gajet, kurangkan internet, bermesralah bersama keluarga tercinta. Kongsikan tips ini dengan rakan-rakan anda!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 404 times, 1 visits today)