Faktor Berat Badan – Mungkin Ini Penyebab Anda Susah Hamil!

Sudah cuba beribu macam cara untuk hamil tetapi masih gagal? Badan kita terbina daripada berjuta sel hidup – ia adalah kompleks. Berbagai faktor yang boleh menyumbang kepada permasalahan anda untuk memperoleh cahaya mata. Namun tahukah anda salah satu faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan ini adalah paras berat badan?

Kesan jika mempunyai berat badan yang berlebihan

Berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan anda susah untuk hamil. Jika anda berjaya hamil sekalipun, mungkin boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan kurang sihat. Bayi ini bakal menghadapi masalah kesihatan yang anda tidak sangka pun akan terjadi, selain menjejaskan kesihatan diri anda sendiri.

Risiko yang perlu dihadapi oleh ibu obes ketika hamil adalah seperti diabetes, tekanan darah tinggi, pra-eklampsia, darah beku dan keguguran. Ibu obes juga kebiasaannya melahirkan bayi secara induksi atau melalui pembedahan.

Apa perlu buat jika obesiti?

Bagi mengelakkan bayi mengalami risiko, anda perlu cuba sebaik mungkin mengurangkan berat badan mulai sekarang! Bagaimana untuk mencapainya? Kuncinya adalah disiplin. Anda haruslah disiplin:
– menentukan menu makanan harian berdasarkan piramid makanan
– bersenam sekurang-kurangnya tiga minggu sekali untuk membakar kalori lebihan pada badan

Penurunan berat badan walaupun hanya beberapa kilogram tetap memberikan perbezaan. Semakin hampir berat badan anda kepada paras ideal, semakin meningkat tahap kesuburan anda. Justeru, lebih mudah untuk anda hamil.

Kenal pasti Body Mass Index (BMI)

Senang sahaja untuk mengetahui, adakah anda terlebih / terkurang berat badan? Kira indeks jisim badan – berat badan (dalam Kilogram) bahagi ketinggian (dalam Meter). Sila baca petunjuk di bawah setelah mengira BMI anda:
Normal – 18.5 hingga 25
Kurang berat badan – 18.5 ke bawah
Lebih berat badan – 26 hingga 30
Obesiti – 30 ke atas

Kesimpulan

Bayi sihat lahirnya daripada ibu yang sihat. Oleh itu, usah dipandang ringan jika anda mempunyai berat badan terlebih sewaktu ingin hamil. Anda pasti tidak mahu cahaya mata mempunyai masalah kesihatan saat dilahirkan bukan? Ayuh kita amalkan pemakanan, senaman dan gaya hidup sihat!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 228 times, 1 visits today)