“Saya Sakit, Bolehkah Saya Susukan Bayi?” – Kalau Sakit, Buat Macam Ni.

baby-1231442_1920

Ibu, ada yang mengibaratkan ibu sebagai susuk malaikat yang Tuhan hadirkan dalam dunia anak-anak untuk menjaga mereka apabila sampai ke atas dunia. Dan kita juga sudah sedia maklum, betapa kasih dan sayangnya seorang ibu sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk memberikan yang terbaik buat anak mereka yang tercinta.

Maka selalu bermain di fikiran para ibu,

Jika aku sakit, boleh kah aku menyusukan anakku?

Lihat itu! Bahkan ketika sakit pun mereka tidak terlampau merisaukan diri mereka tetapi risau samaada bolehkah mereka memberikan yang terbaik buat anak mereka.

Kami cuba dapatkan beberapa maklumat, dan inilah beberapa penyakit yang biasa terjadi dalam kalangan ibu-ibu, dan kami berikan jawapan sama ada selamat atau tidak menyusukan anak jika menghadapi masalah ini. Jika ada maklumat tambahan, kami cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menyusu. Selamat membaca!

1. Demam

Apabila demam, kebiasannya anda juga akan menghadapi batuk dan selesema pada waktu yang sama. Pertama sekali, anda perlu dapatkan rawatan daripada doktor sebagai langkah untuk merawat penyakit yang anda hadapi. Sewaktu sesi konsultasi bersama doktor, mintalah ubat yang sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi yang tidak akan memberikan kesan kepada si bayi.

Selain itu, oleh sebab kekuatan imunisasi bayi masih berada pada tahap yang lemah, adalah dinasihatkan ibu yang ingin menyusukan anak-anak ketika demam untuk memakai mask atau penutup hidung dan mulut untuk mengelakkan daripada virus daripada selesema dan batuk itu merebak ke anak anda.

2. Sakit Perut

Apabila si ibu mengalami masalah ini, mereka kebiasaannya dalam masa yang sama akan menghadapi masalah dehidrasi. Haa, kalau dehidrasi apa yang harus kita lakukan?

Apabila mengalami masalah dehidrasi, maka cairan dalam tubuh badan kita semakin berkurang. Si ibu tetap boleh memberikan susu kepada bayi tetapi perlu mengambil jumlah air yang banyak ketika menghadapi masalah ini. Semak kembali jadual makan anda, dan aturkanlah dengan sebaiknya untuk tetap menjaga kesihatan tubuh anda.

Selain itu, anda juga bolehlah menghindari makanan-makanan yang boleh menyebabkan masalah sakit perut ini bertambah parah dan ingat sentiasa cuci tangan sebelum dan selepas makan.

3. Hepatitis A

Buat masa ini masih belum ditemukan jika wujudnya kaitan antara penularan hepatitis A dengan menyusukan bayi. Jika anda menghidapi penyakit ini, maka selalulah membasuh tangan sebelum dan selepas menyusu bayi, ini dapat mencegah penyakit ini daripada menular kepada bayi.

Dan ubat-ubatan hepatitis A tidak mempengaruhi penghasilan dan kualiti susu ibu. Untuk maklumat yang lebih lanjut, bolehlah rujuk kepada doktor-doktor pakar.

4. Diabetes

Bahayakah ibu yang menghidap penyakit diabetes untuk menyusukan bayinya? Tidak!

Bahkan, ianya lebih baik untuk kesihatan si ibu itu sendiri. Ini kerana proses menyusukan bayi dapat memangkin perubahan hormon dalam tubuh si ibu, dan mencegah peningkaran kadar gula dalam darah sehingga dapat menstabilkannya.

Untuk para ibu yang menghidapi penyakit-penyakit seperti yang disenaraikan, jangan bimbang anda masih boleh menyusukan bayi anda tanpa sebarang masalah. Tetapi adalah lebih baik untuk anda jika mendapatkan khidmat nasihat daripada dokto terlebih dahulu.

Untuk mereka yang menghidapi penyakit lain selain daripada yang dinyatakan, anda juga haruslah mendapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu sebelum memberikan susu badan kepada bayi. Semoga terus menjadi ibu yang baik untuk anak anda.

Shares