Sakit Gigi Ketika Hamil – Ini Menjelaskan Kenapa Ibu Ini Sangat Gusar

Sakit gigi datang lagi! Tetapi malang seribu kali malang apabila sakit itu datang ketika anda sedang hamil. Pasti anda runsing memikirkan samada mahu mendapatkan rawatan di klinik pergigian atau tidak. Risau kerana tidak mahu rawatan tersebut menganggu keselamatan dan kesihatan bayi yang berada di dalam kandungan. Jadi, apa yang anda harus lakukan?

Kisah ibu cabut gigi ketika hamil

kisah-ibu-hamil-sakit-gigiBaca cerita penuh di: http://diariibu.blogspot.com/2013/12/cabut-gigi-ketika-mengandung.html
Melihat kepada kisah benar di atas, alhamdulillah walaupun ibu ini terpaksa dicabut giginya, anaknya selamat dilahirkan dan kini sudah pun berusia 4 bulan (berdasarkan kepada tarikh artikel ditulis).

Kaitan suntikan bius dan bayi di dalam perut

Sebelum itu, OhsemMama ingin memberikan peringatan bahawa bakal ibu terutamanya yang berada pada fasa 3 bulan terawal atau 3 bulan terakhir dinasihatkan supaya mengelak sebarang rawatan yang melibatkan suntikan pelalian. Contoh seperti rawatan mencabut gigi yang membabitkan suntikan bius.

Namun jika keadaan memaksa – anda mengalami sakit gigi yang tidak tertahan, maka mahu atau tidak dos bius akan terpaksa dikenakan. Tetapi dalam dos yang rendah supaya tidak membahayakan kandungan. Selalunya doktor akan bertanya dan memohon kebenaran anda dahulu sebelum melakukan suntikan.

Sekiranya sakit gigi, apa yang perlu saya lakukan?

mengobati-sakit-gigi
1. Jika anda mengalami kesakitan kepada gigi (berlubang, bergoyang, dan lain-lain), terus lakukan temujanji dengan doktor gigi
2. Nyatakan dengan jelas anda sedang mengandung berapa bulan. Tujuannya supaya doktor peka dengan situasi anda
3. Mahu lakukan ujian X-ray? Apron yang diperbuat daripada plumbum wajib dipakai untuk mengelak bayi terkena sinaran X
4. Jika doktor membuat keputusan untuk mencabut gigi anda, pasti ada sebab yang wajar. Oleh itu, letakkan kepercayaan anda terhadapnya dan berdoa agar segalanya selamat dan berjalan lancar
5. Mahu ambil ubat? Hati-hati supaya anda tidak salah mengambil ubat yang boleh memudaratkan kandungan

Saya belum sakit gigi lagi. Tetapi boleh saya tahu langkah-langkah pencegahan?

Berdasarkan kepada portal laman web kesihatan kerajaan, myHealth – ini beberapa langkah yang boleh anda terapkan untuk menjamin gigi yang sihat.
1. Gigi serta gusi haruslah diberus dengan sempurna
2. Lakukan dua kali sehari terutamanya selepas bangun tidur dan sebelum tidur
3. Ubat gigi yang digunakan wajib mempunyai fluorida
4. Tukar berus gigi sekiranya anda memerhatikan bulu pada berus sudah mula kembang
5. Makan secara sihat – makanan bermanis tidak baik untuk kesihatan gigi.
6. Lakukan pemeriksaan berskala dengan doktor gigi.
8. Guna floss untuk membuang sisa-sisa makanan di celahan gigi.

OhsemMama mendoakan semoga gigi anda baik-baik sahaja sepanjang proses kehamilan 9 bulan!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 881 times, 1 visits today)