Risau Bayi Mengamuk & Nangis Ketika Beraya? Tenang, Baca Panduan Ini.

toddler-878740_1920

Pertama, kita kena faham bahawa menangis bukanlah satu dosa atau perbuatan yang kurang sopan. Ingat, baby masih belum boleh bersuara untuk meluahkan pendapat mereka atau menzahirkan ke-tidak-puas-hati-an mereka. Maka, nangis adalah satu-satunya cara untuk mereka mengadu, berkomunikasi, bermanja dan menarik perhatian anda sebagai ibubapa. Maka, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bertenang. Ya, bertenang walaupun anda rasa sedikit terganggu ketika sedang seronok beraya di rumah teman anda!

Sebelum kita mafhum dengan jayanya kaedah yang dapat kita amalkan untuk menenangkan anak kita, pasti anda tertanya-tanya, adakah menangis ini sebenarnya adalah perbuatan yang baik ataupun tidak baik jika dilakukan oleh seorang bayi. Kan?

Baiklah. Sebenarnya tangisan bayi ini adalah sangat bermakna dan baik buat mereka dan kita sebagai ibubapa. Antara kebaikan tangisan seorang bayi ini adalah:

1. Membantu Proses Komunikasi.

Serius, macam tak percaya kan. Tapi itulah kenyataannya, apabila seorang bayi itu menangis, mereka sebenarnya sedang meningkatkan serta memperbaiki cara mereka untuk berkomunikasi dengan kita. Dan bayangkan pula jika seorang bayi itu tidak menangis.

Macam mana kita akan tahu bila waktunya dia perlukan susu atau bila waktunya dia merasa tidak selesa kerana membuang air. Kalau dia bercakap, mahu nya kita lari beratus batu meninggalkan semuanya.

2. Membantu Membina Psikologi Yang Baik.

Sebagai ibubapa, apa yang kita lakukan apabila baby kita menangis?

Ya, tepat sekali!

Kita akan berlari kepada mereka, mendukung mereka dan mencuba 1001 cara semata-mata untuk menenangkan mereka.

Tahukah anda, yang sebenarnya respon kita ini memberi mesej yang jelas kepada baby bahawa mereka tidak dan tidak pernah keseorangan.

3. Meregangkan Otot.

Tangisan juga adalah salah satu cara untuk bayi anda bersenam. Walaupun nampak macam pelik, tapi fakta memang tidak dapat dinafikan.

Apabila seorang bayi itu menangis, dia akan menggunakan kekuatan otot-ototnya untuk mengeluarkan air mata, berkerut dan juga untuk mengerakkan tangan dan kakinya.

4. Meredakan Emosi.

Iya, manusia memang dilahirkan dengan emosi, perasaan dan cinta daripada hari pertama mereka menarik nafas diatas dunia ini. Maka untuk anak bayi kita, mungkin ada perkara yang tidak kena pada pandangan mata mereka yang menyebabkan emosi mereka terganggu.

Maka satu-satunya cara untuk mereka respon terhadap emosi ini adalah dengan menangis. Tanpa tangisan, mereka akan terus-terusan mengumpul emosi yang tidak baik itu dalam hati mereka.

Tetapi, bila bayi itu menangis, mesti ada sesuatu yang ingin disampaikannya. Kan? Apa sebab seorang bayi itu menangis ya?

child-818434_1920

1. Lapar.

Jika anda sedang beraya, kemudia baby anda mula meragam dan menangis tidak tentu hala, cuba semak kembali mungkin anda telah terlepas waktu untuk memberikan mereka susu.

Jika itu berlaku, minta lah izin daripada tuan rumah untuk menggunakan ruang yang sedikit peribadi untuk menyusukan anak anda. Atau yang lebih baik, anda sudah-sudah siap membotolkannya. Jadi, dimana-mana pun anda boleh susukan bayi anda.

2. Saja-Saja.

Ketahuilah kawan, tangisan ini lah yang paling sukar untuk dilayan. Tetapi jangan pula anda risau, apabila bayi anda mula menangis tanpa sebab yang jelas, bawalah mereka jalan-jalan atau menimang mereka. Ahaa, tidak lama nanti redalah tangisan mereka.

3. Dukung.

Haih, comel betul!

Baby ni kadangkala dalam kerumunan manusia tu mereka tidak suka perasaan disisihkan. Ahaa, betul! Manusia mana suka disisihkan. Jadi tangisan mereka adalah sebagai salah satu cara untuk mendapatkan perhatian anda semula supaya anda mendukung dan berada dekat dengan mereka.

Jangan risau, tuan rumah tentu faham.

4. Penat.

Ini kena hati-hati.

Apabila sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, sudah tentu kehidupan anda tidak dan tidak akan pernah sama seperti dahulu. Jika waktu anda bujang dahulu anda boleh beraya dari pagi sampai malam, bila sudah punya anak kecil ini anda kena fikirkanlah semual hal ini.

Bayi perlukan rehat yang banyak. Apabila mereka menangis, ada kemungkinan bahawa mereka sudah keletihan dan perlukan tidur. Anda tahu tangisan kepenatan itu bagaimana kan? Maka jika sudah terlampau lama berada di luar rumah, mintalah izin untuk pulang demi bayi anda.

5. Panas Sangat atau Sejuk Sangat lah!

Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, maka kita pun tidak tahu bayi akan menangis sebab panas atau sejuk atau mungkin sekali sebab kedua-duanya serentak. Kah!

Sentiasa sesuaikan pakaian bayi anda dengan cuaca hari itu. Haaa, tengoklah ramalan cuaca dekat telefon pintar tu, telefon mahal-mahal nak buat apa kan?!

6. Tukarkan Lampin.

Ibu mesti tahu perkara ini. Antara kemungkinan besar apabila bayi itu menangis adalah lampin mereka sudah penuh dengan najis. Dan oleh sebab itu mereka merasa tidak selesa dan memerlukan bantuan orang dewasa untuk bersihkan najis mereka.
Kalau ini berlaku di rumah yang sedang anda kunjungi, mintalah izin untuk menggunakan tandas atau bilik air mereka.

7. Tidak Sihat.

Ini yang paling membimbangkan sebenarnya. Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini, bayi sangat mudah untuk dijangkiti penyakt.

Jadi, sentiasalah berhati-hati. Bila bayi mula keletihan, pulanglah ke rumah.

Apa-apa pun. Selamat hari raya kepada semua! Jadikanlah raya kali ini lebih bermakna ya.

Shares