Ragam Isteri Mengandung Yang Suami Perlu Tahu

preggers

Terlebih dahulu, OhsemMama ingin menyampaikan ucapan tahniah kerana anda disahkan hamil! Berita baik buat diri anda dan suami serta anak-anak (sekiranya ini bukan kali pertama anda hamil) kerana bakal menimang cahaya mata baru. Suami terutamanya pasti tersenyum lebar saat doktor memberi signal bahawa anda positif hamil.

Tetapi…… ini semua hanya baru permulaan. Sepanjang tempoh 9 bulan yang mendatang, si suami akan terpaksa berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah si isteri. Mahu tak mahu, rela atau tidak, suami kena turut sahaja tanpa banyak mengeluh.

Bukan lah sesuatu yang pelik melihat orang sarat mengandung meragam dan ingin permintaannya ditunaikan. Kenapa kami mengatakan demikian? Kerana pada waktu ini, perubahan emosi serta fizikal naik dan turun secara mendadak. Ia adalah berpunca daripada pelbagai faktor, salah satunya disebabkan paras hormon dalam badan.

Antara perangai pelik orang mengandung ialah:

1. Mengidam

Ini 99% wanita mengandung akan lalui! Anda akan memohon pelbagai permintaan dengan harapan ia akan ditunaikan oleh yang tersayang. Boleh jadi ahli keluarga terdekat pun turut menjadi mangsa selain suami.

2. Bertukar-tukar tempat tidur

Anda sering berasa tidak selesa kerana pergerakan yang sangat terbatas. Tidur merupakan antara saat yang paling kritikal anda berasa sedemikian. Baring dimana-mana sahaja pasti ada yang tidak kena. Di akhirnya, tempat tidur suami juga yang menjadi tempat anda bertandang.

3. Tidak suka bersolek dan berdandan

4. Sangat memilih tentang makanan

perempuan-makan-ikan-ilustrasi-_130213114140-123 Sebelum hamil anda boleh makan apa sahaja yang terhidang di meja makan. Namun sebaliknya berlaku semasa anda hamil. Suami terpaksa keluar tengah malam semata-mata ingin membeli makanan yang anda idamkan.

5. Tidak tahan bau suami

Bila suami datang dekat sahaja, mesti anda rasa mahu menjauhkan diri kerana tidak senang dengan baunya.

Kisah seorang isteri yang tidak tahan dengan bau suami semasa dirinya berada pada fasa trimester pertama. Boleh baca di sini: My Pregnancy, Part 1 nukilan blogger Fiezfaz

6. Mual minum air putih

Minum air dengan jumlah yang secukupnya penting untuk kita (bukan untuk ibu mengandung sahaja). Bagi ibu hamil, ia sangat membantu meningkatkan volume darah dan air ketuban. Tidak pelik sekiranya anda susah untuk minum air putih disebabkan tekak berasa mual.

7. Rasa malas yang teramat

Bayi di dalam kandungan menggunakan segala zat, vitamin yang terdapat di dalam badan anda bagi menyokong pertumbuhannya. Jadi tidak hairanlah anda cepat berasa letih justeru malas melakukan kerja.

Pesan buat suami

-> Belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan segala karenah isteri
-> Berikan sokongan padu dan ikhlas untuk menguatkan motivasinya
-> Jadi pendengar yang setia mendengar setiap keluhan dan permasalahan yang dihadapinya
-> dan yang paling penting, sentiasa berdoa agar Allah melindungi isteri dan bayi yang bakal dilahirkan

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 4,927 times, 1 visits today)