Punca Bayi Sukar Tidur Yang Kebanyakan Ibu Bapa Terlepas Pandang!

Tidak kira lah sama ada anak kecil mahupun orang dewasa. Tidur merupakan antara aspek yang amat penting menyumbang kepada keadaan kesihatan seseorang. Semakin meningkat umur seseorang itu, semakin sedikit jumlah jam tidur yang diperlukannya.

Untuk bayi, tempoh masa tidur yang ideal adalah kira-kira 13 jam sehari. Jika terkurang, maka boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya. Antara mudaratnya adalah metabolisme badan serta penghasilan hormon terganggu, perkembangan otak terbantut dan juga fizikal boleh turut terkesan.

Justeru itu, pentingnya peranan ibu bapa dalam memastikan anak mendapat tidur yang secukupnya. Jika selama ini bayi anda mengalami masalah untuk tidur, maka anda harus mula mencari punca kenapa supaya masalah ini dapat ditemui jalan penyelesaiannya.

Gigi sudah mula tumbuh

Antara petunjuk yang anak anda sudah mula tumbuh gigi:
– suka menggigit benda yang keras
– air liur meleleh keluar dari mulut
Kebiasaanya fenemona ini berlaku apabila bayi berada pada fasa umur sekitar enam bulan. Menyebabkannya tidak selesa untuk tidur kerana rasa gatal-gatal terhadap gusi.

Batuk atau selesema atau penyakit lain

Hidung si bayi mengeluarkan cairan tanpa henti atau tersumbat sehingga sukar untuk bernafas. Atau mungkin kerana asyik terbatuk membuatkannya sangat susah untuk tidur nyenyak. Anda sebagai ibu bapa harus peka terhadap gangguan kesihatan yang dialami oleh anak.

Pakaian yang tidak selesa

Kadang-kadang, faktor yang menganggu tidur anak bukannya disebabkan keadaan kesihatannya, namun apa yang dipakainya (baju terlalu ketat, panas, dan sebagainya). Sebelum tidur, sebaiknya sarungkan anak dengan baju tidur yang mempunyai ciri seperti:
– lembut dan tidak kasar
– saiz yang sesuai mengikut tubuh badan
– cekap menyerap peluh

Suasana tidak sesuai

Panas, bising, lampu yang terlampau cerah, siapa sahaja yang boleh tidur dalam keadaan sebegini? Sediakanlah suasana yang nyaman supaya bayi senang untuk tidur. Tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Pastikan juga ruang pengudaraan adalah mencukupi.

Kelaparan

Susukannya sehingga dirasakan cukup. Bayi mudah terasa lapar. Oleh itu, jangan lupa mengisi perutnya. Formulanya mudah sahaja – perut happy, mood pun akan happy. Maka makin senanglah si bayi untuk masuk tidur. Dapat? 🙂

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 7,223 times, 1 visits today)