Category Archives: Perspektif Islam

Giliran Balik Raya

Giliran Balik Raya?

Giliran balik raya??? 

Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

Sedangkan seorang isteri nak keluar rumah pon perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

Namun apa yg diamalkan (giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan (giliran balik raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

Baca Juga : Risau Bayi Mengamuk & Nangis Ketika Beraya? Tenang, Baca Panduan Ini.

Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yang suaminya tidak adil.

Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibu bapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, masalah kewangan dll).

Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

Terkadang kita lupa:
1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapa nya

3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mengutamakan suaminya dari ibubapa

4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapa nya sendiri melebihi Isteri

5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

Panduan semoga kita tidak menghadapi masalah menentukan perlu berhari raya.

Wallahualam…