Category Archives: Penyusuan

8 Persediaan Sebelum Menyusukan Anak. Serius Berguna!

speaker-1305531_1920

Haa, alhamdulillah dah mengandung. Anak ke berapa tu? Mungkin anak pertama. Dah masuk berapa bulan? Mesti setelah membaca beberapa artikel kami tentang kebaikan menyusukan bayi dengan susu badan, anda bersemangat untuk susukan bayi anda. Tetapi dalam masa yang sama, anda juga tertanya-tanya disebabkan ini adalah kali pertama anda, anda nak tahu apa persediaan yang perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebelum bayi anda keluar dan melihat dunia anda sudah bersedia.

Kami di OhsemMama sentiasa komited untuk membangunkan sebuah komuniti ibu-ibu yang ohsem dan mempunyai pencerahan dalam setiap isu yang berkaitan dengan rumahtangga (lebih-lebih lagi soal anak). Jadi kami bersepakat untuk berkongsi artikel yang kami fikir akan membantu anda dalam persediaan untuk menyusukan anak anda nanti.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda. Mana tahu, satu hari nanti mereka akan berterima kasih dengan anda disebabkan perkongsian anda itu. 😉

Jadi apa persediaannya?

1. Kumpul maklumat

Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan susu ibu. Anda boleh menambah ilmu menerusi kelas, bahan bercetak, laman web, blog, forum dan sebagainya.

2. Sertai komuniti

Di Malaysia terdapat banyak komuniti susu ibu yang bermatlamat menyokong para ibu menyusu agar lebih yakin untuk menyusukan si manja.

3. Nombor telefon

Kaunselor laktasi sangat diperlukan sewaktu anda mengalami masalah berkaitan penyusuan susu ibu terutamanya pada hari-hari pertama selepas kelahiran bayi.

4. Pemakanan sihat

Amalan semasa hamil membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Ini memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik bayi dilahirkan. Pada masa yang sama, pastikan keperluan kalsium dan protein dalam tubuh mencukupi.

5. Pilihan hospital

Pilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu.  Sebelum melahirkan bayi, berbincang dengan doktor yang memeriksa anda tentang niat untuk menyusukan bayi sebaik dilahirkan.

6. Kelengkapan penyusuan

Persediaan peralatan penyusuan susu ibu adalah penting dalam memastikan proses penyusuan susu ibu berjalan lancar terutamanya bagi ibu yang berkerjaya.

Antaranya pam payu dara, coli penyusuan, pelapik payu dara, bekas penyimpanan susu ibu, beg pendingin, pek ais, kain pelindung penyusuan dan lain-lain. Sebaiknya beli alatan tersebut sebelum bersalin kerana anda tidak dapat menjangka apa yang berlaku selepas kelahiran bayi.

7. Kebersihan puting

Bersihkan puting payu dara setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam untuk mencucinya. Elakkan menyapu sabun di bahagian puting. Langkah ini sangat penting terutamanya di trimester terakhir kerana kolostrum sudah mula terhasil.

Jika tidak dibersihkan, ia dikhuatiri tersumbat. Anda digalakkan menarik dan mengurut puting perlahan-lahan atau menyikat kedua-dua belah payu dara menggunakan sikat secara perlahan-lahan.

8. Pasang niat

Sejak awal lagi pasang niat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu. Setelah azam ditanam, jangan lupa untuk suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, perkongsian pengalaman dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini membantu anda. Semoga semlamat melahirkan bayi yang sihat dan comel. Nanti kongsilah gambar bayi anda di Facebook kami ya. 🙂

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Kalau Merancang Nak Menyusukan Bayi, Lakukan 8 Persediaan Ini Sejak Hamil!