Penyakit Kelamin Dan Simptomnya – Ramai Wanita Kurang Peka!

 

muslimah-2
Penyakit kelamin banyak dikaitkan dengan kaum laki-laki. Namun ia bukan sesuatu yang tidak mustahil boleh berlaku kepada kaum wanita. Kebanyakan wanita kurang menyedari penyakit jangkitan kelamin ini kerana kekeliruan simptom.

Ramai yang menganggap tanda-tanda jangkitan yang dihadapi adalah simptom penyakit biasa seperti jangkitan pundi. Ada juga penyakit jangkitan kelamin yang tidak menunjukkan apa-apa simptom – sesuatu yang paling tidak diingini dan minta dijauhkan.

Berikut adalah tiga penyakit jangkitan kelamin yang boleh menyerang anda:

1. HPV dan ketuat kemaluan

Jangkitan ini boleh berpunca dari Virus Human Papilioma (HPV).  Ada antara wanita yang tidak memiliki apa-apa gejala atau simptom jika terkena jangkitan ini. Ada pula yang mempunyai seakan ketuat di bahagian genital atau kawasan dalam peha dan lesi pada serviks. Sesetengah wanita yang tidak menunjukkan gejala – dengan ini boleh meningkatkan risiko kanser serviks kerana tidak dapat mengesan virus ini dengan lebih awal.

2. Gonorea

Gonorea boleh disebabkan oleh bakteria Nisseria Gonorrhoeae. Sekiranya seorang wanita mendapat jangkitan ini, simptom yang ditunjukkan oleh mereka adalah ringan dan selalu disalah anggap sebagai jangkitan pundi. Antara gejala yang boleh ditunjukkan adalah seperti sakit atau pedih semasa kencing, keluar cairan berwarna kekuningan atau berdarah dan sakit pada bahagian perut.

Gonorea boleh disebarkan melalui vagina, anal atau seks oral. Ia juga boleh disebarkan daripada ibu kepada bayi sewaktu kelahirannya.

3.Herpes kemaluan

Kebanyakan wanita yang dijangkiti herpes kemaluan tidak akan memiliki luka atau gejala minima. Tetapi apabila virus ini tercetus wanita itu akan mula merasai benjolan merah kecil, lepuhan atau luka terbuka pada kawasan berhampiran vagina.

Ia boleh diikuti oleh keluarnya cairan dari vagina, demam, sakit kepala, sakit otot, sakit ketika kencing dan rasa gatal atau pedih pada bahagian kemaluan. Gejala ini boleh hilang dalam tempoh dua hingga empat minggu dan muncul semula beberapa minggu atau bulan selepas itu. Biasanya semasa anda berada dalam keadaan tertekan.

Bagi mengelakkan wanita dijangkiti penyakit jangkitan kelamin, amalkan kebersihan tubuh badan terutamanya pada bahagian sulit. OhsemMama juga menyarankan anda melakukan pemeriksaan berkala atau mendapatkan vaksin dari klinik kesihatan berhampiran anda. Cegah sebelum terlambat!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 894 times, 1 visits today)