Category Archives: Pedofilia

Apa Itu Pedofilia? 6 Soal-Jawab Tentang Pedofilia Yang Mesti Anda Tahu.

Kredit Foto : www.hamptontrust.org.uk

Kredit Foto : www.hamptontrust.org.uk

Kawan-kawan yang dihormati, hari ini kita akan berkongsi dan cuba untuk menerangkan kepada masyarakat tentang topik yang sungguh jarang didengar dan dibincangkan oleh masyarakat kita – pedofilia. Ramai antara kita yang tidak pernah mendengar perkataan ini, jujur saya juga baru sahaja mendengar perkataan ini beberapa bulan lepas apabila salah seorang rakyat Malaysia yang menuntuk di London didakwa bersalah atas kesalahan ini.

Pedofilia adalah masalah besar yang sedang menghantui masyarakat kita. Bahkan, pendedahan daripada aktivis Sdr Syed Azmi dalam laman profil Facebooknya mendedahkan berpuluh-puluh kes hitam ini yang berselindung di balik tabir ‘malu’ dan ‘tidak dipercaya’.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dengan jelas untuk memahami apa itu pedofilia dan soalan-soalan yang berkaitan dengannya. Jawapan yang disiarkan adalah daripada Dr Ray Blanchard, seorang Professor di University of Toronto.

Apa Itu Pedofilia?

Pedofilia adalah gangguan jiwa yang terjadi kepada orang dewasa atau remaja yang telah mulai dewasa (secara spesifiknya berumur 16 tahun ke atas), dan mempunyai keinganan seksual primer atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum matang (secara umumumnya mereka yang berusia 13 tahun dan ke bawah).

Apa Itu Pedofil?

Pedofil adalah mereka yang mempunyai masalah ini. Menurutu Dr Blanchard, pedofil adalah seorang manusia yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak yang secara umumnya berusia 13 tahun dan kebawah.

Pedofil tidak semestinya mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap anak kecil. Mereka yang melakukan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dikenali dengan perbuatan mereka, manakala pedofil pula diukur dengan keinginan mereka.

Sebahagian daripada mereka yang mempunyai gangguan ini tetap menjarakkan diri daripada kanak-kanak supaya tidak melakukan jenayah seksual terhadap mereka. Tetapi kita masih belum jelas, seberapa ramai yang bertindak sedemikian.

Nota pengarang : Tetapi disebabkan masyarakat yang masih kurang tahu mengenai isu ini, ramai pedofil di negara kita melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak tanpa kita sedari dan peduli!

Adakah Pedofilia Sejenis Gangguan Mental?

Ya. American Psychiatric Association (APA) telah mengkelaskan pedofilia ke dalam Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorders sejak dari tahun 1968 lagi.

Adakah Pedofilia Boleh Dirawat

Menurut Dr Branchard, penyakit ini boleh dirawat walaupun ramai pakar yang berpendapat bahwa pedofilia tidak boleh diubati kerana ia melibatkan perasaan seseorang. Tetapi menurut Dr Branchard, mereka yang menghadapi masalah ini dapat dirawat melalui sesi terapi bersama pakar.

Pesakit (pedofil) yang berpotensi besar untuk melakukan jenayah seksual boleh mendapatkan sesi rawatan untuk mengurangkan keinginan seks mereka.

Nota pengarang : Walaubagaimanapun, di Malaysia masih samar kehadiran pakar yang boleh menasihatkan mereka-mereka yang terlibat dengan masalah ini. Jadi anda sebagai ibubapa berhati-hatilah!

Adakah Pedofil Cuma Tertarik Kepada Kanak-Kanak?

Sebahagian daripada pedofil mugkin tertarik kepada orang dewasa sebagaimana mereka tertarik kepada kanak-kanak, tetapi untuk mengetahui secara spesifik kebenaran ini, ia masih belum dapat dibuktikan dengan jelas. Ini kerana, kajian berkaitan pedofilia ini cuma melibatkan mereka yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan dan mungkin mereka ini memberikan kenyataan ‘tertarik kepada orang dewasa’ cuma untuk kelihatan lebih normal seperti orang biasa.

Nota pengarang : Sungguh, agak janggal untuk menulis tentang manusia yang mempunyai keinginan seks terhadap kanak-kanak.

Jantina Pedofil?

Kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah ini terdiri daripada golongan lelaki.

Bagaimana Pedofil Mengawal Perasaan?

Sebahagian daripada pedofil membenarkan keinginan seksual mereka dan mengikuti nafsu dan perasaan mereka. Manakala, ada juga sebahagian dalam kalangan mereka yang mengetahui bahawa berperasaan seperti itu adalah salah; dan mereka berkemungkinan besar akan mengalami masalah tekanan, kecewa, terasing dan kesunyian kerana mereka cuba menjauhkan diri mereka sejuah mungkin daripada kanak-kanak.

Nota Pengarang : Ini adalah sungguh menakutkan!

Di Malaysia kita digemparkan dengan pendedahan demi pendedahan yang telah dimuatnaik oleh Syed Azmi dalam profil Facebooknya. Kami telah menghubungi Sdr Syed Azmi untuk berkongsi kisah-kisah benar yang diterimanya daripada pelbagai pihak. Kisah-kisah itu boleh dibaca melalui pautan di bawah:

Tragedi Pedofilia #1: “Pakcik saya suruh hisap kemaluan dia, dia cakap akan bagi upah keropok.”

Tragedi Pedofilia #2 : Dicabul Dua Pakcik & Kesannya Trauma Sehingga Sekarang!

Tragedi Pedofilia #3 : Kami Pertahankan Adik Daripada Diperkosa, Adakah Kami Derhaka?

Tragedi Pedofilia #4 : Seorang Ayah, Pakcik & Syaitan Yang Bertopengkan Manusia