Panduan Mengurus Uri Bayi Yang Baru Lahir

baby-17384_1920

Alhamdulillah, anda sudah dikurniakan cahaya mata, barangkali ini adalah cahaya mata yang pertama. Mesti teruja kan. Haa, lepas dah azankan dah timang, perlu buat apa lagi?

Ada lagi satu perkara penting tentang bayi iaitu urinya! Islam tidak meletakkan hukum atau panduan yang khusus untuk menguruskan uri, tetapi mengikut adat yang selama ini orang kita lakukan adalah dengan menanamnya didalam tanah. Oleh sebab adat ini tidak bercanggah dengan ajaran agama islam, maka ia boleh dipraktiskan.

Tapi bagaimana?

Pertama, sebelum mengetahui cara-cara untuk menguruskan uri ini, kita perlu sediakan beberapa kelengkapan ini :

1. Limau Nipis.

2. Garam.

3. Asam Jawa.

4. Limau Nipis.

5. Plastik.

6. Kain Putih (Atau apa-apa warna yang bersesuaian).

Cara-caranya :

1. Sebelum memulakan proses mencuci uri ini, bacalah Bismillah. Sebagai tanda kebergantungan dan penyerahan kita terhadap Allah. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perkara yang kita ingin lakukan.

2. Cuci uri dengan bersih-sebersih-bersihnya dengan menggunakan air paip. Jangan pula anda pakai sabun dynamo untuk mencuci uri tersebut, tidak pernah dibuat orang lagi! Gunakanlah air yang bersih, basuhlah sehingga hilang kesan-kesan darah yang melekat pada bahagian uri tersebut.

3. Selesai mencuci, bilaslah beberapa kali dengan menggunakan air yang bersih sambil berselawat dan berdoa dengan doa yang baik.

4. Kemudian, ambil garam yang sudah anda sediakan tadi dan lumurkan di seluruh bahagian uri itu. Pastikan lumuran garam itu terkena di bahagian atau sebahagian besar bahagian uri tersebut. Kemudian, bilaslah sekali lagi sehingga bersih.

5. Selesai membilas, cuci uri tadi dengan menggunakan asam jawa pula. Caranya sama seperti mencuci dengan menggunakan garam. Setelah selesai anda melumur di setiap bahagian uri itu, bilaslah dengan air sehingga bersih. Asam jawa digunakan untuk menghilangkan bau hanyir darah, Bau hanyir darah ini dapat menarik perhatian haiwan-haiwan liar.

6. Kemudian, perahkan limau nipis dan lumurkan. Tujuannya adalah untuk menghilangkan bau-bau yang kurang menyenangkan.

7. Selesai, masukkanlah uri itu tadi kedalam plastik yang mudah reput (contohnya : plastik pasaraya tesco), dan ikat dengan sempurna.

8. Uri yang telah dimasukkan ke dalam plastik itu kemudian hendaklah dibalut dengan menggunakan kain yang tersedia. Ramai dalam kalangan orang kita yang menggunakan kain putih, tapi tidak mengapa jika anda ingin menggunakan kain yang berwarna lain.

9. Gali tanah sedalam yang mungkin untuk mengelakkan uri yang ditanam itu dicuri dan menjadi hidangan sang anjing dan kucing di kawasan perumahan kita.

10. Jangan letakkan sebarang benda asing ke dalam lubang yang sama untuk ditanam bersama uri kerana bimbang ia boleh membawa kepada syirik dan khurafat.

Haaa, apa tunggu lagi. Sebarkanlah kepada rakan-rakan anda yang lain!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 390 times, 1 visits today)