Panduan Mengatasi Sakit Mata Bayi Yang Setiap Ibu Perlu Tahu

baby-1332209_1280

Bayi. Ah, kita sendiri tahu, bayi adalah fasa pertama kelahiran manusia. Sistem tubuhnya masih belum kebal terhadap kasarnya dunia, masih halus dan mulus tidak tercemar dek kotor-kotor debu dan onar dunia. Bayi, suci dan berseri. Oleh sebab itu, bayi sangat mudah terdedah kepada penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih belum sekebal orang dewasa. Sangat mudah untuk virus dan bakteria menyerang mana-mana organ dalam sistem tubuh badan mereka dan mengakibatkan mereka mengalami sakit-sakit. Salah satu organ yang mudah dijangkiti penyakit adalah mata. Mata adalah antara organ yang sangat sensitif. Sedikit gangguan sahaja terhadap mata boleh menyebabkan manusia gagal untuk melihat sesuaut dengan jelas. Jadi, apa puncanya seorang bayi boleh dijangkiti sakit mata ini?

Punca Bayi Sakit Mata

1. Interaksi & Sentuhan

Seorang bayi boleh dijangkiti sakit mata akibat daripada bakteria dan virus yang dipindahkan melalui interaksi tangan dan sentuhan yang dilakukan oleh bayi itu sendiri. Bayi yang selalu menyentuh kawasan yang berhampiran dengan mata akan mudah untuk dijangkiti sakit mata kerana bakteria dan virus daripada tangan mereka berpindah kepada mata mereka.

2. Tidak Sengaja

Haa, penyakit ini boleh juga jadi disebabkan oleh ketidaksengajaan. Apabila kita lalu di jalan yang berdebu, atau asap daripada kenderaan juga turut menyumbang kepada sakit mata bayi ini.

3. Radiasi

Sekaran ini memang zaman teknologi dan maklumat. Tetapi sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, anda perlu mengehadkan masa berapa lama anak anda dapat melihat telefon pintar atau tablet anda. Jangan terkejut kerana sakit mata juga boleh disebabkan paparan radiasi yang disebabkan oleh alat elektronik.

4. Vitamin A

Kurangnya pengambilan vitamin A sewaktu ibu hamil boleh menjadi salah satu sebab kenapa si anak mdijangkiti penyakit ini.

Cara Untuk Mengatasi

1. Perhatikan & Pastikan Kebersihan Mata Bayi

Tentu sekali ini adalah asas yang paling utama. Untuk mengatasi atau bahkan mencegah daripada bayi kita dijangkiti sakit mata adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan matanya. Macam mana tu? Halang bayi daripada menyentuh kawasan yang berhampiran dengan mata menggunakan tangan mereka. Walaupun pada awalnya kesan terhadap perbuatan itu kelihatan kecil, ia akan menjadi masalah yang parah tidak lama kemudian. 2. Jaga Saluran Air Mata Bayi Haa, boleh ke? Kadangkala sakit mata ini disebabkan saluran air mata mereka tersumbat. Jika perkara ini terjadi, picitlah bahagian lingkaran mata mereka dan bahagian batang hidung mereka untuk kembali melancarkannya.

3. Hindari Mereka Daripada Terdedah

Apabila anda membawa bayi anda keluar daripada rumah, maka bersedialah untuk melindungi mereka daripada debu dan asasp jalanan. Kerana ini adalah antara faktor utama yang menyebabkan anak-anak menghadapi masalah sakit mata.

4. Peka

Yang sebenarnya, setelah membaca semua ini, kita dapat konklusikan perkara yang paling asas untuk menyelesaikan masalah ini adalah apabila ibubapa lebih peka terhadap keadaan bayi mereka.

Shares