Nasihat Buat Wanita : Cubalah Untuk Memiliki Anak Sebelum Berumur 30 Tahun

sunset-1081739_1280

Jika ditanya, apakah perkara yang sangat diidam serta dinantikan dalam sebuah perkahwinan, jawapannya tidak lain dan tidak bukan pastilah,

Cahaya Mata.

Kan?

Ya lah, berapa lama bercinta, kemudian bertunang dan akhirnya bernikah, pasti dan pasti semua wanita yang memiliki naluri keibuan menginginkan cahaya mata dalam rumah tangganya sebagai penyeri dan penceria kehidupan mereka. Jangan salah faham, ayah pun memiliki impian dan harapan yang sama, cuma itulah si ibu memiliki keinginan yang lebih kuat pastinya.

Dan satu perkara yang perlu diketahui oleh setiap wanita adalah masa subur mereka akan menurun seiring dengan peningkatan usia. Dan disebabkan itu, akhbar terkenal New York telah menerbitkan sebuah artikel yang berbincangkan soal memiliki anak sebelum si ibu berusia 30 tahun.

Wanita yang berharap dan meninginkan cahaya matanya sendiri perlu berusaha untuk ‘mencubanya’ sebelum mereka berusia 30 tahun.

Malahan, dalam sepeucuk surat kepada setiausaha pendidik Nicky Morgan, konsultan pakar sakit puan Profesor Geeta Nargung menyeru dan mencadangkan agar subjek ‘kesuburan’ untuk dimasukkan ke dalam kurikulum peringkat nasional. Beliau berpendapat bahawa dengan memberi pendedahan kepada wanita seawal usia remaja tentang betapa bahayanya menunda kehamilan akan membuatkan mereka berfikir kembali idea itu dan dengan harapan yang lebih besar agar mereka sendiri dapat mengendalikan kesuburan mereka.

Beliau juga menulis bahawa dia selalu menyaksikan betapa sakit dan deritanya apabila wanita berusia ini terlambat untuk memiliki anak. Dan tidak ada senjata yang lebih ampuh untuk menyedarkan manusia melainkan dengan ilmu dan informasi yang kita semua mafhum lebih sempurna dan meyeluruh jika disampaikan melalui pendidikan secara formal.

Sepatutnya, apabila seseorang wanita itu bersedia dan memilih untuk memiliki anak, mereka harus berusaha dan ‘mencuba’ bergerak ke arah itu sebelum mereka berusia 30 tahun. Mereka harus mempertimbangkan idea untuk memiliki anak pada usia yang lebih muda daripad ayang mereka harapkan, kerena keseuburan seorang wanita itu akan menurun dengan sangat drastik sesuai dengan usia mereka.

Profesor Nargund kemudian menambah, “Terlampau ramai anak muda yang tidak mendapat ilmu yang mencukupi tentang impak atau kesan usia terhadap kesuburan. Lebih menyedihkan, mereka juga tidak punya cukup pengetahuan tetang betapa bahayanya kesan merokok, alkohol dan ubat-ubatan terlarang dalam mempengaruhi kadar kesuburan mereka.”

Wanita berpendidikan, belum tenti tahu tentang kesuburan mereka.

Itulah ayat terakhirnya.

Wahai wanita, jika anda sudah membulatkan keputusan untuk menerima cahaya mata dalam rumahtangga anda, jangan bertangguh. Cuba lah untuk mendapatkannya sebelum anda berusia 30 tahun. Dan banyak-banyakkan berdoa, mudah-mudahan Allah memurahkan rezeki kita semua. Amiin. 🙂

Jika anda merasakan artikel ini bermanfaat, kongsikanlah dengan rakan-rakan anda.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 714 times, 1 visits today)