10 Nasihat Untuk Bernafas Ketika Bersalin Yang Perlu Anda Tahu

baby-663235_1920

Proses bersalin adalah antara proses yang dinanti-nanti dengan dua perasaan, gembira dan takut. Untuk meredakan perasaan takut itu, anda mencari pelbagai informasi yang berguna semata-mata untuk meerdakan perasaan takut itu. Saya faham.

Dan bernafas adalah salah satu daripada perkara yang crucial, perkara yang sangat penting untuk dilakukan oleh si ibu dalam bilik persalinan nanti supaya kekal sedar dan mempunyai tenaga untuk melahirkan bayi. Untuk itu, kami kongsikan beberapa nasihat untuk anda bernafas ketika berada dalam bilik bersalin nanti.

1. Beberapa ketika setelah berlakunya kontraksi, tariklah nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan menggunakan hidung anda, kemudian hembuskanlah ia secara perlahan juga melalui mulut anda dalam jangka masa yang lebih panjang daripada ketika anda menarik nafas tadi. Sewaktu anda menghembuskan nafas, reganglah otot di bahagian wajah anda supaya kekal tenang, dan tidak salah untuk anda mendesah dengan kuat ketika menghembus nafas. Percayalah, mereka faham!

2. Apabila sudah sampai pada kemuncak kontraksi (ah, anda sendiri akan tahu saat ini bila tiba masanya nanti), sentiasalah ingat untuk kekal bernafas dengan santai dan tenang. Jangan sesekali berfikir perkara-perkara yang tidak sepatutnya sehingga membuatkan anda cemas dan bernafas dengan laju.

3. Pesanlah kepada suami anda untuk membisikkan ke telinga anda supaya bernafas dengan lambat dan tenang pada ketika ini. Minta mereka untuk setia berada di sisi anda, dan menasihati anda untuk bernafas dengan baik sepanjang proses ini.

4. Ada masanya, mungkin anda tiba-tiba bernafas dengan terlampau laju. Apabila tiba saat ini, berhentilah sebentar dan ambillah nafas dalam-dalam. Lakukan perkara ini secara berkala, dan sentiasalah mengingatkan diri anda untuk bertenang.

5. Apabila masuk ke fasa seterusnya, tarik nafas anda dengan lebih laju dan hembuskan nafas anda dengan mengeluarkan suara yang mungkin boleh didengari oleh mereka yang berada dekat anda dan tentu sahaja hembusan itu dilakukan dengan menunggunakan mulut anda. Jangan bimbang, ketika bersalin, anda dibenarkan untuk berteriak dan bergumam ketika menghembus nafas, tidak ada orang yang akan marah.

6. Jagalah posisi bahu anda dan posisi ke bawah supaya tetap rileks. Seboleh-bolehnya, tenang dan regangkanlah bahagian dada dan perut anda sehingga apabila anda menarik nafas kedua-duanya akan mengembung dan apabila menghembuskannya semuanya akan kembali normal.

7. Cuma satu perkara yang perlu anda elakkan, adalah bernafas dengan tergesa-gesa seperti orang yang sedang dalam ketakutan atau dalam situasi cemas. Cara pernafasan sebegini cuma akan membuatkan menjadi lebih mudah lelah dan kandungan oksigen dalam setiap tarikan itu lebih sedikit.

8. Bernafas terlampau laju juga akan menghasilkan karbon dioksida yang lebih banyak sehingga menyebabkan kepala anda pening serta merasa kebas pada jari tangan kaki dan mungkin juga di bahagian muka.

9. Dan selain itu, jangan sesekali mengan nafas. Apabila anda menahan nafas, ianya bukan sahaja menyebabkan anda kelelahan tetapi juga memnghalang bayi anda daripada mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.

10. Akhir sekali, bernafaslah dengan cukup dalam dan hembuslah dengan mendesah jika itu daapt melegakan anda.

Semoga tips-tips yang kami kongsikan kepada anda semua ini memberi manfaat. Jangan lupa untuk kongsikan dengan orang lain ya!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 727 times, 1 visits today)