4 Jenis Makanan Yang Terbukti Menaikkan Berat Badan Bayi!

Ibu siapa yang tidak senang hati melihat anaknya memiliki berat badan di bawah paras normal. Kawan-kawan, saudara-mara, ibu mertua semua pakat tegur dan tanya “kenapa anak kurus sangat ni”. Sampaikan satu tahap mereka ingat kita tidak pandai menjaga anak. Hakikat sebenar? Hanya kita seorang yang tahu.

Sebagai ibu yang prihatin, penting bagi anda mula bertindak bagi mengatasi masalah kurang berat badan yang dihadapi oleh si anak. Cuba kenal pasti punca yang menyumbang kepada masalah ini. Jumpa doktor berkaitan untuk minta nasihat secara professional.

Sebagai langkah awal, anda boleh cuba hidangkan anak dengan makanan-makanan di bawah. Setakat ini telah ramai ibu berjaya menaikkan berat badan anak mereka berdasarkan senarai di bawah. Selamat mencuba 🙂

Ikan

Seperti yang kita semua tahu, ikan mempunyai kandungan protein yang tinggi. Sebagai contoh, ikan gabus sangat baik kerana mempunyai albumin (salah satu kelas protein yang amat bagus dalam menaikkan berat badan). Kesan lain adalah Omega 3 asid lemak dalam ikan salmon membantu untuk perkembangan otak bayi.

Gandum dan biji-bijian

Berikan anak sereal gandum dan biskut gandum. Boleh variasikan dengan campuran biji-bijian lain seperti merah, nasi putih atau roti putih supaya dapat meningkatkan selera si anak.

Sarat dengan karbohidrat

Makanan seperti bubur atau kentang. Ianya halus dan senang dikunyah oleh bayi. Selain itu kadar penyerapan yang tinggi menyebabkan ia mudah dihadam.

Susu formula atau susu ibu

Walaupun sudah menyuapkannya dengan pelbagai jenis makanan, susu wajib diberikan di selang-seli dengan makanan tersebut. Jika bayi masih menyusu ibu, teruskan kerana itu adalah petanda dia masih memerlukan nutrisi dalam susu ibu. Jika memilih untuk memberikan susu formula, pastikan kandungan tinggi lemak dan kalori tetapi kurang gula!

15-foods

Info tambahan

Kredit gambar: Khairul Bariyah

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 33,025 times, 10 visits today)