Mahu Naik Kapal Terbang Semasa Hamil? Ini Panduan Untuk Anda

air-travel-and-pregnancy-02

Ramai antara kita yang suka melancong, mungkin untuk berehat daripada kerja harian yang sibuk ataupun meneroka dan mencari pengalaman di tempat orang. Apa lagi jika syarikat penerbangan membuat promosi, pasti seperti semut menghurung gula lah lagaknya orang membeli tiket. Namum, untuk wanita yang bergelar isteri, sesuatu yang tak diduga mungkin berlaku iaitu ibu disahkan hamil ketika tarikh melancong tiba.

Pelbagai persoalan terlintas di hati ibu. Adakah selamat untuk naik pesawat ketika mengandung? Apa akan terjadi kepada bayi? Adakah bayi akan selamat?

Lumrah kasih-sayang seorang ibu bermula dari saat belum hamil. Persoalan ini memang kerap menjadi dilema ibu hamil, kerana ada ibu yang terpaksa menaiki pesawat kerana memenuhi tuntutan kerja.

Secara amnya, ibu mengandung yang tidak mempunyai masalah kesihatan atau perbidan selamat menaiki kapal terbang, namun perlu dinilai terlebih dahulu oleh doktor yang merawatya. Contohnya, ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi, masalah pernafasan, anemia peringkat sederhana teruk dan teruk atau masalah jantung tidak dinasihatkan menaiki kapal terbang.

213400-woman-on-plane

Selain itu, faktor tempoh untuk sampai ke destinasi dan keperluan ibu hamil di sana  juga perlu diambil kira. Ibu yang menghampiri waktu jangkaan bersalin, selalunya tidak dibenarkan menaiki kapal terbang kerana bimbang akan bermulanya proses bersalin di angkasa, yang mungkin menyukarkan proses pendaftaran kewarganegaraan sekiranya ibu berkunjung ke luar negara.

Risiko yang perlu dihadapi

Antara faktor risiko yang dikhuatiri menjejaskan kandungan ibu semasa penerbangan ialah:

  1. Kesan alat imbasan kawalan keselamatan di lapangan terbang
  2. Tekanan oksigen yang rendah pada ketinggian beribu kaki mungkin boleh memberi kesan kepada bayi
  3. Radiasi daripada matahari yang lebih dekat
  4. Dehidrasi kerana mungkin ibu menahan untuk minum air kerana risau kerap ke tandas atau mungkin ibu tidak rasa dahaga dalam keadaan yang sejuk
  5. Risiko darah beku pada bahagian kaki dalam penerbangan jarak jauh jika kaki jarang digerakkan atau ibu berada dalam keadaan statik

Langkah keselamatan

Sekiranya ibu telah dinilai oleh doktor dan disahkan selamat untuk penerbangan, beberapa langkah keselamatan boleh ibu amalkan semasa berada di dalam pesawat, termasuk:

  1. Minum air yang mencukupi terutamanya beberapa hari sebelum jadual atau hari penerbangan
  2. Memakai stokin khas elastik untuk menggalakkan pengaliran darah, atau sentiasa gerakkan hujung jari dan betis
  3. Melakukan senaman seperti dalam panduan yang diperoleh menerusi tayangan video dan kad atau buku di poket kerusi
  4. Berjalan di laluan setiap 30-40 minit untuk melancarkan aliran darah
  5. Tidak mengambil minuman berkafein untuk mengurangkan dehidrasi
  6. Ada juga ibu yang memohon untuk mengangguhkan jadual penerbangan sehingga selepas bersalin. Perkara ini perlu dibincang dengan pihak berkenaan dan atas budi bicara mereka

Kami di Ohsemmama mengucapkan semoga ibu selamat sepanjang penerbangan dan selamat sampai ke destinasi.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 821 times, 1 visits today)