“Anak Saya SUSAH Nak Bangun Pagi! Tolonglah Saya” – Amalkan Tips Ini

sleeping-824601_1920

Kadangkala anda sebagai ibu pun pening, apa lagi cara yang perlu dilakukan supaya si anak mudah untuk bangun pagi dan menunaikan solat subuh. Jika dalam bulan ini, tentu sekali sangat sukar untuk mengejutkan si anak untuk bangun sahur. Kan?

Jadi kami kongsikan beberapa tips, yang boleh anda amalkan sepanjang tahun bukan di bualn ramadan sahaja. Supaya apabila masuk bulan syawal pun anak anda masih boleh bangun awal dan bolehlah ikut si ayah menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid. Kan?

1. Latih Mereka Untuk Tidur Awal

Sebagai manusia, kita memerlukan waktu rehat atau tidur yang secukupnya. Begitu juga dengan anak-anak kita. Bagi anak yang sudah bersekolah, seelok-eloknya pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah pada waktu petang (jika sesi persekolahannya pagi) atau pada waktu pagi (jika sesi persekolahannya petang). latih mereka untuk tidur awal, seelok-seloknya selepas isyak sudah tidur.

Kerana apa? Supaya mereka mendapat jumlah waktu tidur yang mencukupi. Oleh itu mereka tidak merasa tertekan jika anda mengejutkan mereka untuk menunaikan solat subuh. Bahkan, berkemungkinan besar mereka sendiri akan bangun dan menunaikan solat sunat sebelum solat subuh.

Rasulullah SAW pun tidak suka tidur lewat, agar beliau SAW dapat menunaikan solat malam,

Ibnu Baththol menjelaskan, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak suka berjaga setelah shalat ‘Isya kerana beliau sangat ingin melaksanakan solat malam dan khuatir jika tertinggal dari solat subuh berjamaah.”

2. Beritahu Mereka Keistimewaan & Kebaikan Bangun Pagi

Sebagai manusia juga, kita lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara apabila kita mengetahui dengan jelas matalamat serta kebaikan perkara yang ingin kita lakukan itu. Kan?

Berikut merupakan hadis Nabi SAW berkaitan solat subuh yang dapat anda sampaikan kepada anak anda untuk membakar semangat mereka untuk bangun pagi dan menunaikan solat fardu subuh,

“Seseorang yang melaksanakan solat subuh berjamaah, maka orang itu akan mendapatkan pahala 119 kali dibanding solat sendiri.”(H.R. Muslim:1049).

“Tidak ada sholat yang lebih berat bagi orang-orang munafiq dari pada sholat subuh dan isya.  Seandainya mereka tahu nilai yang terkandung di dalam kedua sholat itu, pastilah mereka mendatangi (masjid tempat) kedua sholat itu meskipun dengan merangkak.” (Al-Bukhori:617)

3. Latih Anak Untuk Mengamalkan Adab Tidur

Haa, ramai ibubapa hari ini yang dah terlupa perkara ini. Ajarkanlah anak-anak kita adab untuk tidur. Apa itu adab tidur?

Antaranya, ajarkanlah anak untuk mengambil sudhu’ terlebih dahulu sebelum tidur, membaca doa sebelum tidur, membaca surah al-ikhlas, al-falaq dan an-nas serta ayat kursi dan berzikir sebelum tidur. InsyaAllah hal ini akan membantu anak anda untuk tidur dengan lebih tenang dan mudah utuk bangun tidur keesokan harinya. Serius, cubalah!

4. Hypnosleep

Haa, apa pula hypnosleep ini? Hypnosleep ini adalah seperti hipnotis, kita berbicara dengan minda separa sedar anak kita. Apabila anak dalam fasa antara tidur dan jaga, bisikkanlah ke telinga mereka kata-kata seperti,

Adik akan bangun ketika terdengar azan subuh nanti,

Tentu sahaja belum ada kajian terperinci mengenai ini, tetapi masih boleh dicuba sebagai ikhtiar.

5. Setkan Penggera

Okay, ini sepatutnya tidak perlulah saya ceritakan kembali. Memang sudah popular dalam kalangan generasi hari ini untuk menggunakan penggera asebagai alat bantuan untuk menyedarkan mereka daripada tidur yang lena. Ada yang setkan sehingga 10 jam penggera supaya tidak terlabat untuk ke tempat kerja.

Satu sahaja yang perlu diingat jika kita terjaga. Bukan jam yang mengejutkan kita, tetapi Allah yang Maha Kuasa.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,035 times, 1 visits today)