3 Langkah Untuk Meningkatkan Imunisasi Bayi

pasta-1308246_1920

Selepas selesai proses hamil dan melahirkan, maka lahirlah seorang bayi yang sungguh comel. Cuba amati betul-betul wajahnya. Matanya, seperti mata anda. Hidungnya seperti ayahnya. Rambutnya lebat seperti ibu anda. Senyumannya berlesung pipit seperti ibu mertua anda. Semua ciri fizikal yang sungguh membuatkan kita tersenyum apabila meniliknya.

Tetapi kawan-kawan, ada perkara yang lebih penting daripada itu semua. Perkara yang mungkin anda pun sering risaukan. Iaitu kesihatannya. Disebabkan itu kami berkongsi beberapa tips untuk meningkatkan daya imunisasi dan ketahanan si bayi supaya dia tidak mudah dijangkiti penyakit dengan izin Allah.

1.   Berikanlah Susu Badan Secara Eksklusif

Tidak ada satu pun susu yang lebih baik diatas dunia ini untuk seorang bayi melainkan susu badan seorang ibu. Beberapa kajian yang dilakukan menyarankan supaya si ibu meberikan susu badan kepada bayi sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan. Kenapa susu badan ibu sangat baik? Kerana susu badan si ibu telah terbukti mempunyai bakteria baik yang sangat diperlukan oleh si bayi dan bukan itu sahaja, susu badan juga mempunyai pelbagai zat yang sangat diperlukan oleh si bayi. Selain itu, susu badan ibu ini juga mampu melindungu bayi daripada sekian banyak ancaman yang kebiasannya menjangkiti bayi iaitiu alergik, pneunomia, jangkitan di saluran air kencing dan yang sangat berbahaya adalah sudden infant death syndrome iaitu sindrom yang akan menyebabkan kematian bayi secara mendadak.

Tetapi, semakn lama anda menyusukan bayi anda tanpa bercampur dengan susu-susu lain adalah lebih baik dan tentu sekali membantu meningkatkan imunisasi badan si bayi.

2.  Cukupkan Keperluan Nutrisi Bayi

Apabila anak anda sudah melepasi semester pertama dalam kehidupannya (eh, macam pelajar universiti pula!), maka tibalah masanya untuk an da mendapatkan makanan separuh padat untuk diberikan kepada mereka. Perkenalkanlah kepada mereka beberapa makanan semi padat, didiklah dia dengan beransur-ansur dan jangan pernah terburu-buru. Kita ada banyak masa, tidak ada perkara yang perlu dirisaukan.

Tetapi, sebelum anda memberikan makanan itu, lihatlah dahulu kandungan khasiat dan nutrisi pada setiap pek makanan itu. Atau lebih baik, jika anda sendiri yang menyediakannya, sudah tentu anda tahu apa yang anda masukkan dalam proses menyediakan makanan itu. Berikanlah sayur-sayuran serta buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.

3.    Cukupkan Keperluan Rehatnya

Kawan-kawan yang saya sayangi, ingatlah setiap bayi memerlukan rehat antara 16-18 jam setiap hari. Proses rehat dan tidurnya ini sangat penting, kerana sewaktu tidurlah badannya sedang membangunkan sel-sel baru di dalam badannya serta dalam masa yang sama meningkatkan daya imunisasinya pada dunia luar. Seboleh-bolehnya, janganlah menganggu mereka jika tidak perlu. Biarkanlah mereka tidur dan berehat dengan aman.

Semooga tips-tips yang dikongsikan ini membantu anda. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.

 

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 4,708 times, 1 visits today)