Menangani Rasa Gatal Luka Pembedahan Bersalin

baby-22079_1920

Memang benar, menjaga orang yang bersalin dengan cara pembedahan lebih sukar daripada orang yang bersalin secara normal. Seperti biasa, mendengar perkataan ‘pembedahan’ itu sendiri sudah cukup meremangkan bulu roma, pelbagai kesan yang terbayang di benak fikiran kita. Dan salah satunya adalah kegatalan di bahagian luka pembedahan akibat daripada proses pembedahan itu sendiri.

Jika dilihat secara zahirnya, ibu-ibu yang melakukan pembedahan secara pembedahan ini lebih rileks berbanding mereka yang bersalin dengan normal. Mereka tidak perlu jalan berkepit dan sebagainya, tapi hakikatnya; hanya mereka yang merasa sahaja yang tahu.

Dan jika dilihat dengan lebih teliti, luka pembedahan sebenarnya perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana lapisan hirisan yang dilakukan oleh doktor semasa proses melahirkan bayi adalah berlapis-lapis dan dalam.

Pembedahan caesarean adalah proses di mana hirisan dilakukan di perut (laparatomi) dan rahim (histerotomi) untuk mengeluarkan bayi.

Biasanya selepas pembedahan, ramai ibu yang mengalami kegatalan di bahagian bekas pembedahan. Namun, sudah tentu anda tidak boleh sesuka hati menggarunya. Ini yang patut anda lakukan bagi mengatasi rasa kegatalan tersebut.

1. Jika anda diserang rasa gatal, usahakan untuk tidak menggaru di kawasan bekas pembedahan kerana boleh menyebabkan luka.

2. Lebih baik digosok sahaja secara perlahan-lahan.

3. Sebaik-baiknya, anda mandi menggunakan sabun berbentuk gel yang mempunyai kandungan lembut bagi mencegah terjadinya alergi di kawasan bekas pembedahan.

4. Anda juga digalakkan melakukan senaman yang bersesuaian. Dengan melakukan gerakan-gerakan senaman, biasanya rasa gatal yang timbul akan berkurangan. Malah, membantu mempercepatkan aliran darah dan membuatkan anda berasa segar.

5. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari enam bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Doktor pasti ada jalan penyelesaiannya.

Mungkin tips-tips pendek ini dapat membantu anda. Tentu sekali saya boleh memanjangkan ayat-ayat dalam artikel ini, tetapi apalah gunanya jika ianya tidak membantu anda (atau mungkin rakan-rakan dan ahli keluarga anda) menyelesaikan masalah ini. Semoga artikel ini menjadi panduan yang berguna buat anda. Jangan risau, kami di OhsemMama senantiasa mendoakan yang baiik-baik untuk anda dan bayi anda.

Artikel ini telah disunting daripada artikel asal yang bertajuk : Luka Pembedahan Bersalin Rasa Gatal? Ini 5 Cara Menanganinya.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,870 times, 1 visits today)