Pilihan Makanan Berkhasiat Ibu Bersalin – Nombor #3 Paling Murah & Senang Didapati!

Apabila ibu mengandung sudah berada di penghujung kehamilan, trendnya ialah makan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Maklumlah, selepas bersalin banyak makanan ibu akan dicatu. Apa yang menyedihkan ialah makanan untuk ibu berpantang sangat kurang zat dan nutrisi, sedangkan ibu amat memerlukannya untuk memulihkan kembali luka-luka dalaman dan menghasilkan susu untuk bayi.

Betul, mungkin banyak makanan tidak sesuai dengan ibu selepas bersalin kerana keadaan badan yang masih belum pulih, dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit pada masa hadapan dan ibu yang menyusu mungkin boleh memberi masalah kepada bayi kerana sebahagian besar makanan ibu disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Dan juga mungkin ibu risau sukar untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing. Tapi, ibu harus sedar terlalu berpantang dari segi pemakanan adalah tidak baik untuk ibu selepas bersalin.

pilihan makanan ibu lepas bersalin

Bagi ibu-ibu yang sedang tercari-cari jenis makanan yang menyihatkan selepas bersalin, bolehlah mencuba beberapa makanan berikut dalam diet seharian.

1. Produk tenusu

Produk tenusu seperti susu, yogurt dan keju yang kaya dengan kalsium dan juga sumber terbaik untuk vitamin B, D dan protein. Ibu menyusu perlu mendapat banyak kalsium untuk penghasilan susu ibu bagi mengelakkan tulang ibu daripada mudah rapuh dan mengelakkan kebas dan kejang.

2. Beri biru

Buah ini kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan karbohidrat yang baik untuk tubuh. Ia boleh memberi tenaga yang berterusan kepada ibu sepanjang hari. Selain itu, buah ini sangat baik kepada ibu menyusu kerana dapat meningkatkan nutrisi di dalam susu ibu.

3. Telur

Telur boleh menjadi sumber protein harian kepada tubuh. Misalnya, putih telur mengandungi banyak protein yang baik manakala kuning telur membekalkan vitamin D yang turut membantu dalam proses penghasilan susu ibu dan memberi zat kepada tulang bayi yang menyusu.

4. Kekacang

Kacang merah dan kacang hijau adalah sumber zat besi dan protein. Lagipun, tentu ibu lebih relaks menyusukan bayi sambil makan kacang.

5. Beras perang

Beras perang ialah beras yang kurang diproses dan memiliki nutrisi yang tinggi. Merupakan sumber karbohidrat yang sihat dan mengandungi nutrien seperti vitamin B, selenium, potassium dan magnesium.

Selain merupakan sumber tenaga, beras perang juga membantu untuk membakar kalori dan membantu dari segi pengeluaran susu ibu.

6. Ikan salmon

Ikan salmon atau ikan laut dalam yang lain membekalkan DHA yang penting untuk pertumbuhan sistem saraf bayi. Selain itu, ia turut membantu mengawal tekanan dalam ibu selepas bersalin dan mengelakkan berlakunya gila meroyan.

7. Buah-buahan

Ibu boleh memilih buah sitrus kaya dengan vitamin C yang boleh meningkatkan sistem imun dan mengelakkan jangkitan penyakit untuk ibu dan bayi.

Buah-buahan juga sangat penting sebagai sumber serat untuk mengelakkan sembelit semasa dalam pantang.

8. Sayuran hijau

Sayuran hijau seperti bayam, brokoli dan sawi kaya dengan pelbagai vitamin, zat besi dan antioksida yang ternyata sangat baik untuk ibu selepas bersalin.

9. Air yang secukupnya

Ibu memerlukan air lebih kurang 8 gelas semasa berpantang untuk memastikan penghasilan susu ibu yang mencukupi kerana penghasilan susu ibu akan terjejas sekiranya ibu mengalami dehidrasi ataupun tidak cukup air.

Ibu perlu bijak memilih makanan semasa berpantang dan elakkan terlalu menyekat apa sahaja makanan yang ibu ingin makan. Sepatutnya ibu perlu memilih pelbagai jenis makanan, tapi pastikan makanan yang sihat dan seimbang, bukannya asyik makan ikan kering saja.

Pemilihan diet yang seimbang dan sihat penting untuk pemulihan luka-luka dalaman dan untuk memastikan ibu sentiasa cergas dan bertenaga untuk menyusukan dan menjaga si bayi.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,406 times, 1 visits today)