Mahu Anak Anda Menghafaz Al-Quran? Baca 8 Tips Ini.

Kita (Ibu Bapa) berkongsi satu impian yang sama, untuk melihat anak-anak kita berjaya di dunia dan di akhirat. Doa daripada anak yang soleh/ah adalah suatu bekalan yang sangat penting saat kita sudah sampai ke dunia sana, sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W,

Jika seseorang manusia (Islam) meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu sedekah yang berterusan, ilmu pengetahuan yang dapat memberi faedah (kepada dirinya atau kepada orang lain) dan anak yang soleh/solehah yang beramal baik dan sentiasa mendoakan kepadanya

Kita juga mengimpikan agar ada dalam kalangan anak kita yang dapat menghafaz Al-Quran dengan sempurna. Tapi bagaimana untuk mendidik mereka menghafaz lebih daripada 6000 ayat yang berbahasa arab? 8 tips yang ditulis oleh Amri Mohd Nason dan Aisyah Hashimee ini mungkin membantu.

langsing-ibu-hamil

1. Mendengar & Memperdengarkan Bacaan Al-Quran

Ibu yang mengandung digalakkan supaya banyak mendengar dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada bayi yang masih dalam kandungan disamping memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kata orang kita.

2. Mula Dengan Yang Mudah

Untuk mendidik anak-anak yang masih kecil, kita digalakkan bermula dengan surah-surah lazim yang lebih mudah dan pendek untuk dihafal. Sebagai contoh, kita boleh bermula dengan surah Al-Fatihah kemudian surah al-ikhlas, an-nas, al-falaq dan surah-surah lazim yang lain. Kalau terus dihadapkan dengan surah Al-Baqarah, takut anak putus asa sebelum bermula.

3. Jangan Gopoh

Baca setiap ayat dengan perlahan, satu persatu dan jangan gopoh. Bacalah dengan suara yang jelas dan terang dengan kelajuan yang sesuai mengikut umur anak kita. Kita mula-mula belajar abc pun pelat-pelat jugak kan.

4. Ulang

Kunci utama untuk menghafal sesuatu perkara adalah pengulangan. Justeru, kita digalakkan untuk mengulang ayat-ayat dalam setiap surah yang diajarkan kepada mereka. Mungkin mengambil masa, tapi ingat kota Rom tidak dibina dalam sehari.

Mengenali Pertumbuhan Gigi Bayi dan Cara Merawat Gigi Bayi

5. Lihat Mulut

Mintalah anak kecil kita supaya memandang ke arah mulut kita sewaktu kita mengulang-ulang ayat Al-Quran. Kadang-kadang kita pun faham apa yang orang sebutkan melalui gerakan mulut mereka, kan?

water_waterfall_nature

6. Pilih Suasana Yang Tenang

Suasana juga memanikan peranan yang penting dalam memudahkan hafazan anak-anak kita. Cuba bayangkan mempelajari teori-teori Archimedes dalam suasana hingar-bingar pasar, pasti tak masuk kepala. Begitu juga dengan menghafaz Al-Quran, pilihlah suasana yang tenang seperti di kawasan sungai, di bilik yang sunyi atau lebih mudah di masjid.

7. Jangan Berkira

Janganlah terlalu berkira dengan bacaan si kecil. Ya, kita mahu yang terbaik tapi jangan sampai anak-anak kita merasa putus asa. Janganlah berkira sangat dengan bacaan mereka yang sedikit pelat dan tidak berapa betul sebetun dan makhrajnya.

8. Pujilah Mereka

Siapa yang tidak suka kan pujian? Pujian adalah satu tanda apresiasi ke atas usaha yang telah dilakukan oleh anak kita. Berilah kata-kata semangat, perangsang dan pujian kepada anak kita jika mereka memberi perhatian sepanjang sesi mengenali Al-Quran itu.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,960 times, 1 visits today)