Ibu Ini Tidak Kedekut Berkongsi Tips Bagaimana Beliau Kurus Selepas Bersalin

“Buncitnya perut aku. Bila lah nak kurus balik macam dulu-dulu….”

Adakah dialog ini sering bermain di fikiran anda? Mungkin tidak –  jika pada asalnya badan anda memang berisi walaupun tidak mengandung. Artikel ini khas buat mereka yang memberikan jawapan ‘ya’ dan pernah memikirkan dialog mirip di atas.

Perut kempis bukan sahaja memberikan kelebihan kepada diri anda, malah juga baik untuk menarik perhatian si suami. Melihat kekasih hati bahagia sudah semestinya membuat mood anda juga turut ceria. Tindak balas positif ini secara tidak langsung menaikkan lagi seri kehidupan berumah-tangga. Demikian sangat digalakkan untuk anda berusaha mendapatkan kembali bentuk badan yang ideal.

OhsemMama ingin berkongsi beberapa tips bagi mencapai objektif ini. Diharapkan para pembaca dapat mengamalkannya selepas membaca setiap daripada tips di bawah.

1. Lakukan senaman

Selepas tamat tempoh berpantang, anda sudah mula boleh melakukan aktiviti regangan dan senaman. Kerana kini anggota badan yang terlibat sewaktu kelahiran bayi (vagina, perut, dll) telah melalui tempoh pemulihan yang secukupnya.

Anda haruslah mempunyai sumber rujukan dan panduan semasa dalam proses menurunkan berat badan. Rancang dengan baik dan teratur untuk mendapat hasil yang efektif selain mengelak perkara yang lebih buruk berlaku terhadap tahap kesihatan anda.

Sebagai contoh, ini salah satu senaman ringan yang anda boleh amalkan: Dalam keadaan berbaring, posisikan tangan di bawah kepala dan angkat kaki. Amalkan setiap hari selama lebih kurang 20 minit.

2. Limau nipis

selepas-bersalin

Cara penyediaan: Perah sebiji limau atau lebih ke dalam gelas. Tambah air dan kacau sehingga sebati. Jika perlu, boleh juga campur dengan air teh sebagai penyedap rasa
Cara pengamalan: Amalkan minum pada waktu pagi dan malam. Sebaiknya minum sementara air masih suam

3. Daun salam

daun-salam
Cara penyediaan: Tahu tumbuhan bernama Syzygium Polyanthum? Itu nama saintifiknya. Nama yang lebih dikenali adalah daun salam. Rebus sekurang-kurangnya 10 helai daun ini ke dalam air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk
Cara pengamalan: Minum dua kali sehari

4. Buah delima

Cara penyediaan: Tumbuk sehingga lumat isi buah delima (5 biji ke 6 biji). Campurkan garam dengan dua gelas air besar dan tambahkan buah delima yang ditumbuk sebentar tadi
Cara pengamalan: Minum setiap pagi selama 2 minggu dalam satu bulan. Disarankan untuk minum selepas sarapan

5. Air kapur

Cara penyediaan: Sediakan secawan air untuk dan kapur. Bancuh dan perap air kapur sehingga nampak kapur di permukaan bawah gelas. Alihkan air jernih di permukaan atasnya ke cawan yang lain. Campur perahan limau nipis (sebiji sudah mencukupi) ke dalam air jernih
Cara pengamalan: Minum 2 kali sehari pagi dan malam

6. Daun jambu batu

daun-jambu-batu
Cara penyediaan: Sediakan sebuku halia dan beberapa helaian daun jambu batu. Tumbuk halus kedua-dua ramuan ini. Campurkan dengan air dan kapur sirih. Sapukan pada bahagian perut (pastikan sudah digaul rata terlebih dahulu) dan biarkan ia sehingga kering
Cara pengalaman: Sapu pada setiap malam

7. Minyak kayu putih

Cara penyediaan: Untuk tips ini, anda perlu gaul sehingga sebati satu camca besar air limau nipis, satu camca besar kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gosokkan dan sapu pada perut
Cara pengamalan: Lakukan setiap malam untuk beberapa minggu

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 3,048 times, 1 visits today)