Rahsia Mengurangkan Kesakitan Ketika Bersalin – Secara Saintifik!

Dalam badan wanita ada hormon kasih sayang iaitu hormon oksitosin yang hadir jika wanita berasa tenang, disayangi dan dipenuhi perasaan cinta dan kasih sayang. Hormon ini bersifat memberi ketenangan dan turut dirembeskan dalam situasi yang lain seperti hubungan seks dan menyusukan anak.

14284440

Kedua-dua keadaan di atas tidak menyebabkan rasa sakit, malah mewujudkan keseronokan kerana disertai rasa cinta. Maka, ketika melahirkan anak juga seharusnya wujud perasaan cinta sebagaimana yang wujud semasa hubungan intim suami isteri.

Dalam fisiologi kelahiran, hormon yang terlibat untuk menghasilkan kontraksi dan proses permulaan bersalin ialah oksitosin, beta endorfin dan prostaglandin.

Oksitosin

Hormon oksitosin ialah hormon yang sangat istimewa kerana jika terdapat kehadirannya dalam aliran darah, ia akan meningkatkan paras kesakitan (pain threshold). Dalam konteks ini, ia bermakna untuk seseorang berasa sakit, sakit itu perlulah mencapai tahap yang tinggi. Hormon ini juga bertindak untuk mengeluarkan susu sejurus selepas bayi keluar, menjana minda positif, meningkatkan sel imun dalma badan dan mempercepat proses kelahiran.

Beta endorfin

Hormon beta endorfin pula mempunyai asid amino 31 peptide yang bertindak seperti morfin untuk memberikan rasa tahan sakit secara semulajadi. Ia membuatkan ibu rasa khayal dan lali dengan sakit yang dialami. Namun, perkara-perkara luaran yang negatif boleh mengganggu rembesan hormon ini.

Perembesan hormon ini memerlukan situasi yang tenang dan damai dari segi luaran dan dalaman. Jadi, hormon ini biasa dirembes apabila ibu berseeorangan atau bersama orang yang dipercayai.

Jadi, dengan kehadiran hormon-hormon ini semasa proses bersalin, proses itu sepatutnya menjadi lancar tanpa rasa kesakitan yang melampau. Namun, mengapa masih ada antara ibu yang rasa sakit sangat bersalin?

1. Disertai oleh rasa takut dan risau. Sakit bersalin dikatakan sakit yang paling sakit di dunia. Sebagai ibu yang baru, sedikit sebanyak emosinya terganggu kerana kenyataan ini. Jadi, ibu seharusnya lebih bertenang dan buang perasaan ini jauh-jauh.

2. Daya tahan sakit yang rendah. Setiap orang berbeza daya tahan sakitnya. Mungkin sejak kecil individu itu telah dipengaruhi karakter tertentu dan mungkin kurang daya tahan sakit.

Sistem saraf yang ajaib dalam badan

sympathetic-vs-para

Selain saraf tunjang, sistem saraf lain dalam badan manusia ialah Sistem Saraf Autonomik. Sistem ini berfungsi secara automatik dan  mempunyai 2 bahagian, iaitu simpatetik dan parasimpatetik.

Jika ibu mentafsirkan bersalin sebagai proses yang menakutkan, rasa takut akan dihantar sebagai mesej dan diproses sebagai rasa takut yang amat dahsyat. Mesej negatif ini akan diproses dan menjadi sistem kepercayaan yang boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi, iaitu saraf simpatetik akan bertindak yang memberikan ibu rasa cemas, takut, khuatir dan sebagainya. Jadi, tindakan kepada badan ibu akan memburukkan keadaan.

Sekiranya ibu berada dalam keadaan tenang, saraf simpatetik akan bertindak dan memberikan ibu rasa lebih tenang dengan tindakan yang lebih rasional.

Jadi, dalam apa jua keadaan, ibu perlu sentiasa bertenang untuk memastikan hormon-hormon yang menjadi penawar sakit semulajadi akan dirembes ke dalam badan ibu sekaligus membantu mengurangkan rasa sakit bersalin.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 2,776 times, 1 visits today)