Khas Untuk Ibu Lepas Bersalin – Kunyit Berkesan Kecutkan Rahim!

Ibu-ibu lepas bersalin, terutamanya yang berpantang dengan ibu atau ibu mentua, pasti tidak terlepas daripada ‘dijamu’ dengan herba-herba. Ia bertujuan memastikan badan ibu hangat dan mengelakkannya daripada masuk angin. Bertuahnya rakyat Malaysia kerana mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan yang sangat berguna untuk ibu dalam pantang.

Salah satu daripada tumbuhan ini ialah kunyit. Pokok kunyit memang diketahui ramai mempunyai banyak manfaatnya. Antaranya ialah daun kunyit tua digunakan untuk membalut ikan bakar, daun kunyit muda pula boleh dipotong dan dimasukkan dalam rendang untuk menambah selera.

Turmeric

Apa pula manfaat kunyit buat ibu selepas bersalin?

1. Minum air perahan kunyit dikatakan boleh menyembuhkan luka bersalin dengan cepat

2. Kunyit bersifat panas dan boleh meningkatkan pengaliran darah ke kulit. Jadi untuk menceriakan wajah boleh lah minum air kunyit, maklumlah ibu selepas bersalin biasanya nampak pucat kerana kehilangan darah yang banyak semasa bersalin

3. Membantu melancarkan proses penghadaman dengan mengurangkan angin dalam perut

4. Kunyit juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan. Jadi, kalau ibu-ibu nak sentiasa berbau wangi masa berpantang, boleh lah cuba kunyit

5. Kunyit juga merupakan salah satu antioksida yang boleh membantu mengurangkan tekanan dan untuk awet muda

Panduan mencepatkan pengecutan rahim untuk ibu lepas bersalin

Ada ibu yang lebih gemarkan kunyit muda kerana rasanya tidak begitu menyengat dan warnanya tidak terlalu pekat, jadi gigi pun tidak jadi kuning.

Untuk 3 hari pertama: Kunyit dimesin dan ditapis, minum segelas sehari

Hari ke 4-6: Minum air perahan inai segelas sehari

Hari ke 7-9: Minum air perahan pegaga segelas sehari

Dengan izinNya, rahim akan cepat mengecut.

Namun begitu, kunyit juga tidak boleh diambil secara berlebihan oleh ibu selepas bersalin kerana dikatakan boleh mempercepat menopaus. Ambil sekadar yang dicadangkan sahaja.

Jika bayi jaundis dalam minggu pertama, ibu tidak dinasihatkan untuk minum air kunyit kerana kunyit yang panas mungkin turut menyumbang kepada meningkatnya bilirubin bayi.

Semoga artikel ini meningkatkan pengetahuan anda tentang khasiat kunyit khas untuk ibu selepas bersalin.

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 17,614 times, 1 visits today)