3 Tips Beli “Car Seat” Untuk Anak! Jangan Sampai Nyawa Anak Melayang Akibat Kecuaian Anda!

Baby in a back seat located child safety seatLebih kurang 2 minggu lagi, jalan raya ke pantai timur, barat, utara semua akan sesak. Masing-masing nak balik beraya dengan keluarga di kampung. Masing-masing dah terbayang ketupat rendang masakan emak.

Jadi, tentu ibu-ibu tentu tidak bercadang untuk berhari raya di hospital kan? Apatah lagi kehilangan anak tersayang akibat kecuaian diri.

3 faktor ini perlu dititikberatkan dalam memastikan “car seat” anak anda benar-benar mengurangkan 70% kebarangkalian kecederaan atau kematian (nauzubillahiminzalik!) sekiranya berlaku sebarang kemalangan.

Usia Anak

Usia anak adalah faktor UTAMA dalam menentukan jenis kerusi keselamatan yang sesuai.

  • Anak di usia 0-2 tahun perlu menggunakan kerusi keselamatan jenis pandang kebelakang; membelakangi jalan.
  • Anak di usia 2-4 tahun pula hendaklah menggunakan kerusi keselamatan pandang ke hadapan.

Terdapat banyak kerusi keselamatan kanak-kanak di pasaran yang direka agar boleh digunakan dari lahir hingga usia 4 tahun. Pelaburan yang dikeluarkan demi keselamatan anak tersayang pasti berbaloi!

Gunakan Booster Seat

Anak berusia 5 hingga 8 tahun perlu menggunakan “booster seat” sehingga mereka boleh memakai tali pinggang keledar seperti mana orang dewasa memakainya ie. Mencapai ketinggian 140cm.

Tali pinggang keledar (tali keledar bahu) sepatutnya berada di paras dada bukan di leher, manakala tali keledar bawah berada di pangkal peha, bukan di perut.

Centre of Disease Control mencadangkan kanak-kanak dibawah usia 13 tahun tidak sepatutnya berada di tempat duduk hadapan.

Selain dari faktor usia anak, kerusi keselamatan yang akan digunakan oleh anak anda haruslah menepati standard yang telah ditentukan.

Kerusi Keselamatan Menepati Standard

“5p point harness” adalah faktor keselamatan yang wajib ada pada setiap kerusi keselematan anak-anak anda. Selain itu, elakkan membeli kerusi “second hand”. Kerusi keselamatan yang terlalu lama digunakan mungkin dah terlalu usang untuk digunakan, tidak mampu lagi menyerap hentakan apabila berlaku geseran. Mana-mana kerusi keselamatan yang pernah terlibat dengan kemalangan, tidak lagi selamat untuk digunakan.

Apa itu “5p point harness”?

Diringkaskan ia merupakan satu sistem untuk meningkatkan tahap keselamatan anak anda yang terbina dari 5 tali. 2 tali terletak di bahu, 2 tali terletak di bahagian pinggang dan 1 tali di kelangkang.

Kredit foto: wikipedia.org

Nampakkan ada 5 tali yang memegang anak untuk memastikan mereka selamat. Kredit foto: wikipedia.org

 

Jadi, bagaimana?

Puan dah semak ciri-ciri kerusi keselamatan milik anak masing-masing?

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 1,322 times, 1 visits today)