Asid Folik dan Kepentingannya – Wanita Hamil Wajib Tahu!

Bakal melahirkan anak tidak lama lagi? Anda pasti berdebar-debar menantikan saat ini. Si suami pun turut sama ternanti-nanti bagaimanakah rupa anak yang akan keluar dari rahim ibunya. Adakah mata sama seperti ibunya? Hidung seperti ayahnya?

Tetapi persoalan yang sering bermain di minda tetapi tidak terungkap di bibir – adakah anakku ini sihat dan sempurna anggota badannya saat dilahirkan?

Peratusan untuk mendapat anak cacat anggota atau kurang upaya adalah sangat rendah dan bergantung kepada banyak faktor. Namun, sekiranya anda ditakdirkan dengan anak istimewa seperti menghidap Neural Tube Defect (NTD), jangan sesekali putus harapan.

spina-bifida

Apa itu NTD

Kecacatan janin yang bermula di awal perkembangan bayi. Ohsemmama akan cuba menghuraikan dalam bahasa yang mudah difahami. Baca 2 situasi di bawah:
Situasi NORMAL – sel dalam embryo akan bercantum membentuk saluran tiub digelar neural tube. Tiub ini berkembang menjadi otak dan saraf tunjang.
Situasi janin mengalami NTD – pembentukan neural tube tidak sempurna menyumbang kepada kecacatan otak dan saraf tunjang. Jelas?

Siapa yang berisiko menghidap NTD

Janin anda mempunyai risiko yang tinggi memiliki penyakit ini sekiranya:
– anda atau suami mempunyai NTD
– sebelum ini pernah mengandung anak NTD
– keluarga belah anda atau belah suami mempunyai sejarah NTD
– anda menghidap diabetes

Cara pencegahan NTD

Asid folik harus diambil mengikut dos yang disarankan oleh doktor anda. Selain mencegah NTD, ia juga mendatangkan kebaikan lain seperti:
– kandungan haemoglobin dalam darah meningkat
– merendahkan risiko keguguran / lahir mati / bayi pra matang
– mengurangkan kecacatan lain yang boleh berlaku kepada bayi (sumbing lelangit, kecacatan pada jantung dan lain-lain)

Masa sesuai pengambilan asid folik

Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil sehinggu minggu ke-12. Selepas tempoh masa ini, kurang keutamaan untuk mengambil asid folik. Namun jika masih mahu teruskan, tiada masalah.

——————–
Jangan lupa bermohon kepada Allah agar kandungan anda sentiasa berada dalam situasi yang terbaik dan dilindungi. Cuba amalkan doa di bawah ini insyaallah.

Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna. Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhamaad SAW

Ketentuan oleh yang Maha Kuasa mengatasi segala-galanya. Ingat tu!

Sertai Dropship PinkLady Sekarang Di Sini: [Klik]
(Visited 5,220 times, 1 visits today)